nuffnang ads

Rabu, 9 Mac 2011

selasa, selesa, segala, & .....

Assalammualaikum..

Hari ni cerita lain sikit.., bukan bukit, tapi bukti orang kita..
bukan mengungkit, bukan membangkit... sekadar renungan, imbasan, pengajaran dan sewaktu dengan nya..
Untuk lebih kuat bersemangat, Malaysia boleh.. kita pun boleh. Tapi kalau bukan kita yang boleh takkan Malaysia Boleh!!


Nak habaq kat hang ...
 Kenapa la orang sekarang nih xleh nak tengok orang buat kerja lebih? bukan kita buat kerja jahat, buat kerja jahat orang tak bising sangat.. Dah jai trend ke? atau suka tengok sesama bangsa hidup selamanya begitu sampai ke tua??

'' Ajak buat yang baik tak nak...Free memang nak, suruh kerja xnak
Ajak buat jahat nak sangat... dibayar pasti nak, tak suruh pun buat  ''

subsidi sana sini ;
sampai bila pun sudi ;
buat baik nak ke sana pun tak sudi ;
apa lagi nak membela nasib diri ??


maksudnya;
'' Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan ''
Nabi Muhammad berkata, Allah akan menolong hambanya selama hambanya itu menolong saudaranya.( Riwayat Ahmad )

kerana tiap-tiap orang dalam masyarakat biasanya masing-masing berhajat kepada pertolongan dari yang lain. Memang kehidupan dalam dunia ini tidak tetap selalu bertukar, hari ini mungkin kita senang tetapi esok mungkin kita susah, bulan ni mungkin beruntung dan bulan hadapan mungkin rugi, begitulah sebaliknya.

Nabi Muhammad berkata, '' Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga ia kasihkan saudaranya ( sama islam ) seperti yang ia kasihkan untuk dirinya ''

Hmmmm panjang catatan aku kali ni..
 sebagai penceritaan jer lah kan..
tapi ada teladannya...
LAYANN...

Sumber dari buku ni..
Nak baca abezz, beli sendiri.hehe

Your Comment/ Komen Anda