nuffnang ads

Ahad, 6 Mac 2011

k e r j a

Cerita dahulu kala..
Dulu masa kecil dengar dari radio pasal perkhidmatan doktor udara. Agak2 nya cemana la benda ni kan? ( biasa la kan, masa budak2 mana tahu sangat.. biol' hehe) Macam mana la doktor udara tu kan. Perkataan  'udara' tu yang menghairankan. Agak2 nya macam mana la doktor tu ye?? hehe... melucukan, cali2..
Flying Doctor Service 2009
dah nak landing kat helibase miri airport

Ikan Semah ke Ikan Sultan?? lupa laa..fresh lagi


 Ni la kerja kalau dah abis servic, abis kasi ubat dengan orang pedalaman. Almaklum la di pedalaman ni xda api air macam d bandar, terpaksa la masak bawah kediaman. Aku potong bawang je la...
 Dulu masa kecik2 dengar dan tengok je helikopter. Bila dah kerja ni haha dah naik pun, g sana sini lagi tuh..hehe. Best juga nih, peluang naik helikopter, hari-hari naik.

Kalau nak cerita pasal kos penerbangan dan servic untuk rakyat ni payah. Kalau sekali terbang kira kasar RM4000 ke RM5000 untuk sebuah helikopter. Belum kira kos lain, gaji saya, gaji pilot dan gaji yang lain-lain tu. Belanja ubat-ubatan lagi??? huhu..

Kadang-kadang terfikir jugak bila orang komplen2; gaji tak cukup la, gaji kcik la, servis lambat la, ubat sikit la,banyak orang la, lama menunggu la dan sewaktu dengannya. Kalau diaorang tau benda-benda ni semua rasanya tak ada suara-suara sumbang ni. Kita ni tak cukup dan puas bila orang dah bagi free.. tu pon bayar sehinggit je. Belanja kerajaan tu baru sebuah heli ni jer, kalau 10 buah helikopter?? ni bukan nak mengomell.. cerita je lahh...

Sungguh indah ciptaan Nya, rasa kecil dan insaf bila tengok pemandangan yang best-best ni. ''SubhanAllah''.. tapi kita nih bila nak insaf?? termasuk aku lerr..hehe
Banyak pengalaman dugaan bila kerja macam ni, memang puas bila tahu dan tengok masyarakat yang hidup di kawasan yang jauh di pedalaman nih...

Pandangan dari atas, Bario. on the way ke Ramudu bahagian paling jauh di Ulu Baram, Miri, Sarawak.


Nanti sambung lagi ye.............

Your Comment/ Komen Anda