nuffnang ads

Ahad, 27 Mac 2011

Cerita

Assalammualaikum.. selamat berhari minggu.. Apo kabo? masih jalan-jalan, masih shopping sakan?? Almaklum la baru dapat gaji. Bergaji penuh, bergaji separuh? dan yang tak bergaji?? macam mana tu??

Teringat masa zaman sekolah dulu, tika saat itu..heeeeee.. Aku dah besar nak jadi apa? kerja apa? naik kereta apa? rumah macam mana? huh.. kalau nak sambung belajar tak mampu. Ayah nelayan, mak full time in da house! Bukan part time.. FULL TIME... Paham2 lah tu kan..

Takkan aku pun nak ke laut jugakk?? Tambah-tambah lagi sekarang ni ikan dah tak macam dulu. Pencemaran? keracunan, dan macam-macam lagi lah. Nak ke laut pun nak naik perahu or kapal sapa? Bukan perahu or kapal bapakkk aku punya? huhuhuh...

Kalau tak silap masa tu umur masih 14,15, 16 tahun. Ala senang cakap baru masuk Baligh! hehehe.. ntah kenapa macam aku ni macam cepat matang. Bukan kematangan. Aku tengok ayahku turun laut 3, 4, 5 hari baru balik. Masa tu belum ada lagi istilah '' Tsunami ''. Tak tahu la aku pulakk kalau sebelum aku idup kat dunia ni dah ada. ( ada kot ). Kadang-kadang hasil banyak, kadang-kadang kureng, jarang-jaranggg tak ada ( P. Ramlee ). Abang-abang aku pulak masih bersekolah. Ada yang dok kat hostel, asrama! jarang balik. Kos hidup masa tu tak la macam sekarang. Tapi '  bengong ' kot-kot aku pon macam tu gak.makkkkkkkkkkkkk...

Bila dah kerja gomen ni bukan tak syukur. Syukur alhamdulilah... teringat masa muda :

Teringat masa sekolah, aku kira anak bongsu. So bertuah la sikit.hehe.. mak tak kasi dok hostel. G sekolah naik bas GBS. kira jadi harapan mak ayah ler.. anak laen dah banyak kecundang masa tu. Tapi sekarang dah bangkit dari tidur.hehehe.. Jangan marah ye abang-abang ku. ( rindu nak main tumbuk-tumbuk, tembak-tembak ) huahuahaha.. best nih main tembak-tembak.

Aku masa tu nak jadi askar ke, polis ke, ntah asal ada yang tembak-tembak pon jadi la. Jiwa muda mana tahu sangat. Tak pon jadi '' Loktor '' heee.. Loktor tu apa? Doktorr.. Huh .. mak kauu. Doktor tu, bukan alang-alang. InshaAllah. Pernah gak nak jadi '' Pilot ''. Naik helikopter. Jadi Juruterbang. Cita-cita tinggi menggunung.. Tak apa, asal cita-cita tu mesti tinggi baru best.. Kena ada impain baru ada anjakan nak berjaya. Tapi mas tu mana la tahu pasal benda-benda ni.hauhuah..

Bila cikgu nak tulis dalam buku laporan tu, mesti fikir ; tahun ni nak jadi apa? Kan dalam buku laporan@ report card ada tulis kan?kan?
Tahun pertama; CIKGU,
Tahun kedua ; DOKTOR,
Tahun ketiga ; POLIS,
Tahun keempat ; PILOT,
Tahun kelima ; TENTERA,
Tahun keenam ; DOKTOR... hehehe melucukan bila ingat kembali..

Tapi.. oleh kerana kukurengan nih ku melupakan mu wahai cita-cita ku.hehe..
Masa tu tak fikir nak sambung belajar, bagi aku yang penting dapat kasi duit dengan mak ayah aku. Bagi aku masa tu tak nak lagi nak menyusahkan mak ayah. Aku fikir kalau aku sambung belajar kena guna duit lagi, belanja lagi
 DAN MACAM-MACAM LA.... yang sewaktu dengannya..

Macam-macam kerja pernah aku buat, kerja mencuri takda la hehe.. Nampaknya nak jadi PILOT, DOKTOR, POLIS  tak dapek la ni... tu yang aku fikir ...

Aku kerja jadi buruh binaan jer lepas abis sekolah. Tiap bulan dapat la 7, 8, 9 ratus. Ada overtime pun ambikk.. Asal duit masyuk ok la tu........


ada masa sambung lagi, masih sibuk..kerja, kerja, kerja......

Your Comment/ Komen Anda