nuffnang ads

Sabtu, 28 Disember 2013

Lagi Pasal BVSM ( Bio Velocity Sleep Mate )

Assalammualaikum 
Salam sejahtera pembaca semua..
Hari ini saya kongsikan testimoni atau kesan selepas menggunakan BVSM..

Nak tambah pendapatan melalui BVSM ? saya bisa tunjukkan. In Sha Allah.

Kepada yang belum memilikinya, sila la hubungi saya.
WhatsApp/WeChat/Viber/LINE/KakaoTalk ; +6 011 2669 5828
Email : awangzulfikar84@gmail.com









Isnin, 23 Disember 2013

Semoga Bermanfaat


Jumaat, 25 Oktober 2013

Salam Jumaat 25 Oktober 2013.

Assalammualaikum..
Salam sejahtera
Salam hormat
Salam Jumaat yg penuh mulia
Lagi berkat. In Sha Allah..

Nak kongsi sikit.
Jumaat dua minggu yang lepas, niat nak solat Jumaat di masjid Lutong Miri tercapai juga.

Al maklumlah jarang dapat solat Jumaat di darat.

Teringat masa budak-budak dulu rajin pergi masjid. Bukan nak kata diri ni alim. Dah memang tanggungjawab setiap muslim untuk menunaikan kewajipan.

Bila dah nak takbirratul ihram, datang seorang budak berdiri di sebelah aku dengan berbaju sekolah lagi. Dalam hati aku habis solat ni nak tanya sikit. (macam tak kusyuk pulakk)

Dah habis salam, terus budak tu jalan. Ala tak sempat nak tanya.

Dalam hati aku, kalaulah budak sekarang semuanya macam tu  kan elok. Mungkin usaha pelbagai pihak boleh dibuat untuk tujuan sebegini.

Allahhualamm..

Sabtu, 5 Oktober 2013

Ngap Sarawak Ngapppp..

Seronok ramai- ramai tengok main bola di tengah lautan ni. Tahniah buat pasukan negeri sendiri.

Dulu-dulu kureng nak ikut persembahan mereka. Kalau dah menang beberapa kali baru semangat nak sokong dan tengok walaupun di monitor skrin tv.

Siapa tak  sokong pasukan negori sendiri kalau dah masuk semi final.

Aku yang bukan kaki bola sangat ni semangat pula tengok .

Sokonglah sukan bola sepak kita sendiri, baru maju. Jangan nak rasuah saja.

Cap ayamm. Hahaha

Promot sendiri.hehe..

Baiklah. Nak tidooo.. esok kojo.

Goodnite assalammualaikum...

Jumaat, 4 Oktober 2013

Selamat Malam

Tak sabar nak balik jumpa anak2. Rindu sesangattt

Sangat la sangattt...

Hahaha...

Salam Jumaat

Assalammualaikum,



Salam Jumat,
Harap semuanya hebat,
Agar hidup berkat,
Mari kita beribadat,
Untuk Dunia & Akhirat..

Khamis, 3 Oktober 2013

Ahad, 15 September 2013

JTX 1000 ( Hubungi - WhatApp/WeChat/Viber/Chat On - : 01126695828 )

JTX 1000, World Best Lubricant.
 Salam kembali , hari ni nak share/berkongsi tentang JTX 1000. Pernah dengar tak ?


Hai-O JTX adalah minyak enjin berprestasi tinggi yang direka khas untuk membersihkan enjin dan memberi perlindungan terhadap pengoksidaan, kehausan, kakisan, mendapan, dan pembentukan lumpur dalam keadaan memandu yang paling teruk. Ia dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kenderaan yang memakai petrol dan diesel termasuk kenderaan yang dilengkapi dengan turbocharger dan sistem pembakar suntikan. Formulasinya yang moden memastikan fleksibiliti untuk "mixed fleet operators".


JTX 1000, untuk semua jenis kenderaan/ jenama
  • Minyak enjin pelbagai gred yang canggih diperkaya dengan pekatan tambahan Jet Turbo-X 5000 EP / AW.
  • Menyediakan perlindungan anti-haus, anti-karat dan anti-kakisan.
  • Memaksimakan selang masa pengaliran minyak dan masa penyelenggaraan.
  • Mengelakkan pembentukan lumpur.
  • Ciri-ciri anti-haus yang lebih baik memanjangkan jangka hayat enjin.
  • Kestabilan haba yang baik.
  • Kebolehan enjin yang optimum untuk prestasi yang lancar dan berkuasa.
  • Dicadangkan untuk 10,000km.
  • Memenuhi atau melebihi spesifikasi prestasi API SL/CI-4, ACEA A3-98, B4-98, E2-96, MB 228.0/1 MB 229.1 MACK EO-1, MTU/DDC TYPE 1, M.A.N.270/271, ALLISON C-4.


Antara Kelebihan lain ;

- Jimat petrol (10% to 25% or more) 
- Tambah hp 
- Tribology technology oil 
- Jimat kos service (10,000km) 
- Extreme pressure 
- Anti wear 
- Anti carbon 
- Anti sludge 
- Anti oxidation 
- Anti rust 
- Anti acidic 
- Low temperature 
- multigrade oil (ptrol/diesel/ngv/turbo/superchrge/n.a) 
- Minyak high class termurah dipasaran 
- semua kelebihan boleh dibuktikan dengan technical demo by falex machine dan testimoni pengguna JTX 1000. 
-Sesuai untuk semua Transmisi kenderaan 
-Sesuai untuk semua jenis bahan api (petrol/diesel/hybrid) 
-RM 170 (Semenanjung) 
-RM 172 (Sabah/Sarawak-Semua Kawasan) 
-4 Liter JTX 1000 
-10 000km

-sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan

Saya dah cuba sendiri, anda nak ? jom  whatapp/wechat/LINE/Viber ; 01126695828.



Lori Treler Volvo

Motorsikal pun boleh.
BMW

MAZDA 5, 2.0L

FOLKLIFT




Kereta Admin, Mazda 5. Petrol Jimat dan kuasa pecutan


Toyota Camry 

Sabtu, 8 Jun 2013

Kembali

Assalammualaikum
Selamat Pagi,

Lama tak mencoret & buat enteri di ruang ni.
Harap ada lagi yang sudi baca.hihihi..
Tak baca pun tak apa.
Tak ada bayaran untuk yang membaca atau tidak..
Dan bukan nak popular juga.
Cuma suka berkias,
kadang-kadang berkongsi,
kadang-kadang luah perasaan hati,
Haa..

Bukan saja nak sakit hati..
Haa.. Njoy..

Zassssssssss...........

Jumaat, 7 Jun 2013

Kias pagi

Kalau orang minta tolong kita tolong,
Tapi kalau kita minta tolong,
minta maaf la,senyum pun tak.

Jangan jadi tolon & bahlul okey..

Sabtu, 20 April 2013

pru-13 penamaan calon

Assalammualaikum salam sejahtera, harapan semuanya sihat belaka.
Lama tak bercerita dan mencoret disini.

Baik, cerita pasal PRU-13 ni, teringat kembali mungkin dalam masa lebih 10 tahun yang lepas, budak lagi, hingusanlah katakan. Aku dan geng "silat" ni dijemput untuk mengiring calon untuk hari penamaan calon di tempat aku. Masa tu aktif lagi ''main buku lima", bukan gaduh tapi 'practice' orang putih cakap.

Lengkap berbaju silat dan tenggolok di kepala. Ala-ala Hang Tuah gitew. Tapi masa tu pun belum tahu lagi kenapa, why, bagaimana, how dan sewaktu dengannya pasal mengundi atau penamaan calon ni.

Umur sekarang nak cecah 30 baru faham kenapa. Saja nak di jadikan cerita, ingatkan ada penjahat ke apa, sebab kita ni ada la seni-seni sikit. Tapi polis pun ada masa tu. Rasa takut juga kot-kot ada pergaduhan dengan calon pembangkang pada masa itu. 

Tadi aku tersenyum sendiri bila teringat kembali pasal PRU ni. Tak ada yang menarik sebenarnya yang nak diceritakan, cuma terkenang kembali saat-saat zaman 90-an dan millennium gitew.

Baik,
 Jom mengundi.. tak kira apa undian anda untuk parti apa, yang penting undi tu hak kita rakyat.
In sha Allah tahun ni mengundi, harap tak ada halangan sihat walafiat balikkk kampunggg..


UNDILAH...bla bla bla bla.... hihihihi. jangan marahhh.. 

Selasa, 16 April 2013

Info Terkini = Rokok Karen/Elektrik

KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?

VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi 
 kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

Sekadar berkongsi, terpulang kepada kita sendiri.

Jumaat, 12 April 2013

Lots of sex for a longer life ( percaya atau tidak ?, jom try test )

An active sex life is the key to longer life for men, but only if you are faithful to their partners, as new study says.

Research conducted by the Italian Society for Sexual Medicine has shown that an active sex life means less cardiovascular problems for men. "What is clear from this study is that men with active sex lives, which are faithful to their partners, have less cardiovascular problems and long-lasting life, " says research director Emmanuele Jannini for Telegraph.

Increased sexual activity produces more testosterone, which leads to reduced depression and improved cardiovascular system, and thus a better metabolism, "says Jannini. The study showed that those who are unfaithful have troublesome cardiovascular system because they are exposed to a lot of stress.

Increasing levels of testosterone during sex for men is very beneficial because it helps burning excess of sugar and reduces the risk of heart diseases. Active sexual life helps to avoid the problems with the prostate as well.


Nak tahu ? try la test la cuba la..
Selamat mencuba..
Yang Halal yee...
kah kah kah..

Rabu, 10 April 2013

Apa harus anda buat bila tertekan, dilanda musibahah atau difitnah?

1. Muhasabah diri.

Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.

2. Banyakkan solat sunat.

Mengerjakan solat sunat seperti solat dhuha, sunat taubat, witir, tahajjud dan solat hajat. Sesungguhnya kita akan melupakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi apabila masa kita diisi dengan solat sunat selain daripada solat yang wajib.

3. Membaca Al-Quran.

Membaca al-Quran dan apatah lagi dengan memahami maknanya adalah rawatan kepada pelbagai permasalahan. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.

4. Bersangka baik kepada Allah.

Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

5. Banyak bertaubat dan istighfar.

Ambil peluang dengan bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ingatlah segala kejahatan kita kepada orang lain dan lupakanlah segala kebaikan kita kepada orang lain.

6. Berzikir.

Abu Hurairah r.hu berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa.

(Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Semoga semuanya tenang dan semakin dekat dengan Allah

Dr Zainur Rashid Zainuddin

via http://bit.ly/cintaselepasnikah

Sabtu, 23 Mac 2013

indocafe..

indocafe.. by azulfyqar84
indocafe.., a photo by azulfyqar84 on Flickr.

Apa Khabar ?

Assalammualaikum selamat pagey salam sabtu semua..
Berminggu sudah tak update entry baru..
Memanjang jer sibuk..

Sibuk yang di buat-buat..

Apa khabar kalian ?
Alhamdulilah masih di beri peluang hari ini untuk menikmati udara kurniaan Allah S.W.T.


 Ada masa kita buat entry baru lagi..

Semoga kita beroleh kejayaan kecemerlangan esok lusa dah selamanya... In Shaa Allah..

Isnin, 25 Februari 2013

Untitled by azulfyqar84
Untitled, a photo by azulfyqar84 on Flickr.

Untitled by azulfyqar84
Untitled, a photo by azulfyqar84 on Flickr.

FWW ( flying with wing)

salam sejahtera,
salam bahagia,
salam ukhwah,
salam............ berapa banyak salammm daaaaaaa ??? (Sudin dalam Seniman Bujang Lapokk)

Baik,
Entry kali ini simple,
Dulu masih zaman kanak-kanak "gian" sangat dengan benda ni..
Mungkin bukan rezeki atau tu la pasal tak nak sekolah..
Kalau tak mungkin sekarang dah kesitu..
Nak tahu apa ?
Hihihi..

Jomm..

hihi.. jangan hairan laa... bukan nak menunjuk-nunjuk yee.. dah aku minat apa boleh buat..




Gambar beberapa minggu lepas, trip ke Jakarta, syarikat hantar..




Bukan "SAKAI" yang aku maksudkan untuk uplod gambar ini. Tapi kalau yang tahu pasal seni mesti faham.. Betul ke ??





Oh Ibu

Salam kembali kepada semua,
Selamat pagi, dah Isnin rupanya.
Masih bersengkang mata pada tika ini, sebaliknya yang lain sedang lena dibuai mimpi

Terbaca kisah sedih di "facebook" malam tadi,
Tersentuh hati, tak sedar air mata mengalir,
Betapa lupanya kita hari ini pada ibu sendiri,
Mungkin terlupa, mungkin sibuk atas tugasan masing-masing,
Tak apalah, yang penting kita masih tak lupa padanya,

Baik, semoga kita di kalangan anak yang soleh/solehah
Layan..



"Cuba anda hayati cerita ini

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... "

Ahad, 24 Februari 2013

Malam Suram

Assalammualaikum kepada para pembaca yang setia dengan blog aku yang tak seberapa ni. hihi
Baikk, malam ni suasana suram sikit. 
Cuaca kat luar agak kurang mengizinkan
Orang putih cakap "Weather Warning", maksudnya keadaaan agak bahaya
Angin kuat,
Ombak pun kuat,
Memang berbahaya kepada bot-bot kecil,
Kalau yang duduk dalam kapal saat ini, MasyaAllah..
Bagi yang pernah masuk bot atau kapal besar pun kalau dah gelombang, ombak kuat..
Gerenti "mabuk free"

Apa boleh buat, cari makan, sumber pendapatan sekeluarga
Teringat kembali ketika dulu, yan (ayah) masih mambanting tulang untuk mencari nafkah ke lautan samudera.
Demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga.
Baru sekarang aku merasai betapa peritnya rasa.
Mungkin bagi yan sudah biasa.
Sekarang ini pun keadaan yang agak bergoyang seperti mahu tumbang pun aku rasa lain.

Pernah aku mengikut yan ke laut, yan cakap jangan, tapi nak juga.
Tak sampai tengah laut, baru keluar dari kuala sungai dah kecundang, terbaring disebabkan "mabuk free"
Rasanya apa yang dah di makan tadi habis dikeluarkan, sampai tak ada isi mau dimuntahkan, cecair kuning saja yang keluar.
Istilah bahasa perubatan "jus gastrik" yang keluar sekali.
Anda yang pernah merasai lebih tahu. 

Baiklah, mungkin cerita ini saja ditulis, sebab malam yang suram.

Sekian,...


Pagi Yang Hebat

Salam Bahagia
Salam Perpaduan
Salam Sejahtera
Selamat Berhujung Minggu untuk para kalian yang sedang melayari ruang ini.

Apa Khabar anda ?
Harapan sihat sehendaknya semuanya..
Apa aktiviti anda hari ini ?

Alhamdulilah, aku baru selesai buat "presentation" pagi ni..
Mungkin kurang menyerlah sebab last minit buat sampai bersengkang mata lewat jam 3 pagi.
Harap audience faham apa yang aku nak sampaikan.
Dua hari lagi ditunggu untuk "sign off"
Rindu melanda orang di rumah.

Terkenang masa dulu-dulu sedang "hangat" bercinta.. hihihi.. Dialah yang terbaik bagiku.


Sabtu, 23 Februari 2013

azulfyqar84's photostream

IMG_20130209_163358[1]IMG_20130209_173119[1]my wazientv room @ my work siteKoknya pedess bagett kununn, Sooo spicy..
Academy Of Taipan

Salam Sabtu..

Alhamdulilah masih di beri kesempatan menikmati udara ciptaan-Nya..
Masih di beri peluang hidup dengan sihat sejahtera, mungkin Dia memberi peluang untuk bertaubat untuk semua.

Syukur hari ini lebih ceria dan tenang, cuaca di luar agak elok
Mungkin bagi mereka yang sudah merancang perjalanan ataupun program bersama keluarga pagi ini boleh memulakan perjalanan dengan jayanya..

View from my room


Perjalanan masih jauh,
Jauh meninggalkan anak isteri
Demi sebuah kebahagiaan
Perjuangan mesti diteruskan..
Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Rindu sekian kalinya melanda tiap masa dan ketika,
Hanya Tuhan yang mengerti,
Hanya doa dapat ku pohon..

Bersabarlah wahai sayang..  

Amin Ya Rabbal Alaminn..

Jumaat, 22 Februari 2013

ROKOK Elektronik..

Assalammualaikum..
Salam Jumaat semua..
Pagi ni nak kongsi Pasal ROKOK Elektronik.
Jommm... Sila semakk..



Adakah vaping/rokok elektronik selamat?

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun."

p/s: sila share dekat BELIAU, biar BELIAU tahu.

Rabu, 20 Februari 2013

Senda Pagi

Alkisah - semut dan gajah

Seekor semut
membisikkan ke
telinga gajah...
Kemudian si gajah jatuh
ke tanah dan pengsan...
Nak taw ke semut ckp
apa???

"Syg,.....I hamil anak u... ♥


Rabu, 13 Februari 2013

Tikar Ajaib Alaf Baru (Bio Velocity Sleep Mate)


Assalammualaikum kepada anda pembaca sekalian,
Lama tak mencoret pada ruangan ini,
Sana sini sibuk..

Baek, kali ni nak sambung cerita pasal Tikar Terbang Ajaib.. hihi
Bukan Tikar Terbang broo.. Tapi Tikar Pelapik Tilam, orang putih cakap 'Mate"

 Pelapik tilam yg menggunakan teknologi Korea melalui solar energy.
Merupakan terapi untuk tidur yang sempurna.
Membuang segala radiasi di dalam badan.
Memberi kekuatan, tenaga  dan kesihatan yg baik.
Menghilang sakit saraf dan lenguh2 badan.
Juga dikatakan boleh memperkasakan tenaga dalaman lelaki.





Your Comment/ Komen Anda