Dalam Kenangan,
Walaupun tak lama mengenali beliau
Tapi Akademi Taipan buat kami lebih mesra & saling mengenali
Suasana perniagaan bersama beliau cukup hebat
Tapi aku bagaikan tak percaya
Pasrah, hiba, sebak aku rasa
Beliau lebih dulu pergi
Walaupun kami se usia
Beza nya sebulan sahaja kami berdua
Aku 6 Feb 1984
Beliau 12 Jan 1984
Beliau lebih selesa menggelarkan dirinya ' abang ' kepadaku
Muncul mukanya di rumahku memang meriah
Dengan lagu " Hindustan " nya berkumandang
Bila memasak penuh dengan petua masakan
Kongsi pasal masakan di rumahku memang biasa
Penuh dengan tunjuk ajar
bukan dari segi perniagaan sahaja
Dari segala aspek
Pengalaman mendewasakan nya
Selalu menggelarkan ' Alphard ' nya dengan kereta jenazah
Kerap jua aku tegur cakapnya itu
Tapi aku tak kisah, sudah biasa dengan senda guraunya
Ya Allah
Halalkan makan minumku tika bersamanya
Tempatkan beliau di kalangan orang yang beriman
Mudahkan segala urusan nya
Ringankan dosanya selama mana beliau masih bernafas
Berkati lah apa yang telah beliau sumbangkan kepada kami
Amin Ya Rabbal Alamin..
Dalam Kenangan ;
KUNAINI BOHRI
![]() |
Diamond Night Februari yang lalu. |
![]() |
Pelancaran Akademi Taipan Cawangan Sarawak. Bersama CDM Siti dari Sabah. |
Kereta kesayangan beliau setelah bersama Akademi Taipan 181 |
Bersama rakan seperjuangan |
![]() |
Kenangan di rumah CDM Roshila Beliau 3 dari kanan |
![]() |
Kisah kejayaan beliau dalam dada akhbar tempatan |
![]() |
Berita di dada akhbar |
Ramah tamah Aidil Fitri di tempat kerjaku. |
Masih banyak kenangan bersama beliau
Yang sukar di lupakan
Baik suka, duka, susah, senang, jatuh, bangun
Selepas ini tak ku terima mesej motivasi beliau setiap pagi Isnin & Jumaat
Harapan kita agar terus berusaha ke hadapan
Walaupun kita sudah kehilangan sahabat yang di kasihi
Malam ini sukar untuk ku tidur lena
Mendengar khabar tengah hari tadi
Ya Allah, Tabahkan hati hamba mu ini
Kuatkan semangatku ini seperti mana semangat sahabat ku ini
Tenangkan fikiranku mengenai khabar berita ini
Tak ku sangka, tak ku duga cepatnya masa berlalu....
WASSALAM...