nuffnang ads

Khamis, 31 Mac 2011

Mana satu power kita? Minat atau Duit??

Dari kiri ; yong, aku, larry, ijan, aduen, lo wei pheng. Rakan seangkatan bala tentera.


Motivasi kerja akan timbul dengan lebih kuat, lebih lama apabila kita tahu SEBAB untuk kita bekerja.

Tanya diri kita sendiri dengan soalan-soalan ini:
1. untuk apa bekerja?
2. untuk apa kita bekerja dalam jawatan yang kita pilih sekarang ini?
3. kenapa kita pilih jawatan itu dan bukannya jawatan lain?


Apabila kita dapati kita bekerja untuk duit, kita bekerja dalam jawatan sekarang ni sebab kita nak banyak duit, kita pilih jawatan tu sebab kita rasa kita boleh buat dengan cukup baik serta kerja tu sesuai ngan kita, maka itulah faktor pencetus motivasi kita – duit.

Ada orang tak serasi ngan kerja sekarang ni tapi dapat bertahan lama bertahun-tahun lamanya sebab satu – DUIT. Kerana duit, dia menempuh segala kesibukan, segala tekanan, segala permasalahan hanya untuk menerima gaji tetap di hujung bulan.

Kita perlu berterus terang dengan diri sendiri. 

Andai kata kita rasa selesa menjadikan duit menjadi sumber motivasi kerja kita, maka pilihlah duit sebagai pencetus motivasi kerja kita dan pandanglah ia dari sudut positif supaya kita bersemangat sentisa.

Kapasiti kerja setiap orang berbeza-beza, begitu juga bakat, kerajinan dan kesanggupan. Kita perlu jujur pada diri sendiri, usah menipu-menipu atau menidakkan semata-mata didorong oleh ego kita.

Andai kata kita minat kerja sekarang ni sebab minat dengan proses kerjanya, maka katakanlah begitu. Katakan saja minat adalah pencetus motivasi kerja kita, bukan duit dari kerja tu. Maknanya, semakin banyak tugasan yang kita buat, semakin minat kita dengan kerja, duit bukan persoalannya.

Bila kita dah semakin jujur pada diri sendiri, kita akan perasan yang kita akan jadi makin bersemangat dari sehari ke sehari.

Inilah yang dikatakan minat sebagai pencetus motivasi kerja. Walaupun duit penting, tapi duit tak mempengaruhi kita.

Muhasabah diri kita hari ini juga.

Mana satu yang lebih power sebagai pencetus motivasi kita – minat..atau.. duit?

Kena jujur pada diri sendiri sebab bila kita dah tahu faktor motivasi sebenar kita, akan jadi makin bersemangat jadinya.

SUMBER DARI ; iMotivasi

Taman Awam, Miri, Sarawak.

Rabu, 30 Mac 2011

Cerita-sambungan

Malam tadi abis keja terus balik, tapi nak makan FCK or KFC. Sebelum tu ambik duit gaji kat bank, then masuk restoren tuh. Ada la 2, 3 org mamat tengah tunggu turn sama macam aku jugak..

'' teringat masa dulu kala, masa tu tak tahu mana nak beli KFC tu. tengok dalam kaca televisen jer. Pastu abis SPM ntah tak tahu nak g mana, ada la member yang seangkatan dengan aku ni yang tak berapa nak '' pass '' sangat periksa. Orang kata cukup-cukup makan. Entah mana perginya. Ada yang berjaya dapat kerja, ada yang tengah mencari kerja. Tahniah kepada member-member yang berjaya. Aku pernah tanya member, abis sekolah ni nak kerja apa? hmm... entah laaaa.......

Apa yang aku tahu kerja, kerja la apa-apa asalkan dapat duit. Yang halal la ngok..heeeeee. Jangan marah la kawan.

Sambung lagi NIH; Mamat ni tadi buleh tahan la jugak tegapnya, cuma kehairanan la bila tengok dia menelan air liur sambil-sambil pilih menu sementara menunggu turn dia nih. Tu yang buat aku teringat masa aku mula menjejakkan kaki ke bander. Aku ni anak kampung, kalau tak dapat tawaran sambung belajar alamatnya memang bole jadi penghulu kampunggg!! heeeeeeeee. Maaf kalau ada yang terasa. Sekadar renungan..

Aku nih terfikir ;  kalau tak ada duit masa tu nak bayar dengan apa? Mana la tahu kot-kot duit tak cukup. Tu yang buat aku kesian pulak dengan mamat-mamat ni tadi. Hmmm.. kalau tak ada ilmu tak kemana kan? apa-apa ilmu la pun jadi jugak la kan. Ilmu yang baik ler..

Sementelah tu aku terfikir balik masa mula-mula dapat tawaran 10 tahun yang dah lalu ; kerja dengan orang sebagai kuli, angkat pasir, angkat simen, angkat besi bawah matahari terik membuatkan aku nak ubah kerja masa tu. Kalau tak ? masih la aku kerja tuh. Mak aku suruh belajar, aku dok tidur. Hah.. siapa susah. Aku bersyukur dapat tawaran tu. Aku ni tak pernah berjauhan, so agak keras nak gerak.. puas ahli keluarga pujuk. Sebab dah terbiasa dengan tempat kerja lama. Lagi pun masa tu tak tahu keadaan dunia sebenar di luar tu.. Tak ada perasaan nak berumah besar, kereta besar, cita-cita memang besar dan segala macam yang besar..

Almaklum la orang tua dah setting kita dari kecik macam tu.... bukan salah mak ayah yee ;

'' kau tu Ali, bila besar nanti jadi CIKGU, jadi Doktor, jadi POLISss ''
'' kau tengok anak mak timah sebelah rumah tu, kereta besar, gaji besar ''

Rindu kat mak aku. Dah kerja ni jarang-jarang balik. Balik pun raya. Itu pun bukan macam dulu, habis sekolah hari-hari jumpa mak. ehh.. ayah pun sama jugak. Kecik ati ayah aku bila dia baca nanti.heheh... Rindu semua la...

Jadi apa yang aku nak tekankan di sini adalah, kalau tak ada ilmu tak kemana. Ilmu perubatan, ilmu perniagaan, ilmu keusahawanan, ilmu mengajar, ilmu kepolisan, dan macam-macam ilmu lah.. asalkan ilmu yang baik-baik la kan??heee Ilmu hitam? hah ambik kau masuk neraka jahanam.

Selasa, 29 Mac 2011

Selasa

hari ni  balik jam 10PM jugak. Macam-macam orang sakit yang aku jumpa. saberrr, saberiah!! huahuu
  • ada yang pandai buat rawatan sendiri
  • buat kesimpulan apa sebab sakit, bengong haha
  • ada yang cakap ubat tak bagus, ubat tak bagus ke tak pandai guna ubat??hehe
  • ada yang nak cepat, nak cepat pergi ke '' touch & go '' hahaha
  • ada yang cakap servic lambat, nak laju buat sendiri hahaha
  • ada yang cakap ubat tak mujarab, nak mujarab buka kedai ubat sendiri haha
  • ada yang datang ambik ubat untuk orang lain
  • ada yang datang nama perempuan tapi yang berubat lelaki
  • ada yang datang hanya untuk '' M. C '', haha M.C tak ada lah..
  • ada yang datang nak buat bising-bising
  • ada yang datang nak tengok-tengok..hahaha
  • ada yang datang nak penuhkan kerusi ja..haha
  • macam-macam lagi lah.. dan sewaktu dengannya..
Yang penting aku dah buat kerja aku, aku bukan doktor pakar jantung ke.. apa ke..
Hahaha..
Sabar la wahai aku!! hahaha
flying docter servic

Isnin, 28 Mac 2011

ISNIN- MONDAY

kerja dari 9pagi sampai 10malam
hari-hari orang melawat minta ubat
ada yang cakap ubat bagus
ada yang cakap ubat tak bagus

'' Kalau pergi dekat luar bagus ''

pergi lah kalau mampu bayar.. hahahahah
nanti kalau dah kureng kau jumpa aku jugakk..
tak payah la meninggi diri kalau tak tahu pasai perubatan
kahkahkahkah...

Ahad, 27 Mac 2011

Cerita

Assalammualaikum.. selamat berhari minggu.. Apo kabo? masih jalan-jalan, masih shopping sakan?? Almaklum la baru dapat gaji. Bergaji penuh, bergaji separuh? dan yang tak bergaji?? macam mana tu??

Teringat masa zaman sekolah dulu, tika saat itu..heeeeee.. Aku dah besar nak jadi apa? kerja apa? naik kereta apa? rumah macam mana? huh.. kalau nak sambung belajar tak mampu. Ayah nelayan, mak full time in da house! Bukan part time.. FULL TIME... Paham2 lah tu kan..

Takkan aku pun nak ke laut jugakk?? Tambah-tambah lagi sekarang ni ikan dah tak macam dulu. Pencemaran? keracunan, dan macam-macam lagi lah. Nak ke laut pun nak naik perahu or kapal sapa? Bukan perahu or kapal bapakkk aku punya? huhuhuh...

Kalau tak silap masa tu umur masih 14,15, 16 tahun. Ala senang cakap baru masuk Baligh! hehehe.. ntah kenapa macam aku ni macam cepat matang. Bukan kematangan. Aku tengok ayahku turun laut 3, 4, 5 hari baru balik. Masa tu belum ada lagi istilah '' Tsunami ''. Tak tahu la aku pulakk kalau sebelum aku idup kat dunia ni dah ada. ( ada kot ). Kadang-kadang hasil banyak, kadang-kadang kureng, jarang-jaranggg tak ada ( P. Ramlee ). Abang-abang aku pulak masih bersekolah. Ada yang dok kat hostel, asrama! jarang balik. Kos hidup masa tu tak la macam sekarang. Tapi '  bengong ' kot-kot aku pon macam tu gak.makkkkkkkkkkkkk...

Bila dah kerja gomen ni bukan tak syukur. Syukur alhamdulilah... teringat masa muda :

Teringat masa sekolah, aku kira anak bongsu. So bertuah la sikit.hehe.. mak tak kasi dok hostel. G sekolah naik bas GBS. kira jadi harapan mak ayah ler.. anak laen dah banyak kecundang masa tu. Tapi sekarang dah bangkit dari tidur.hehehe.. Jangan marah ye abang-abang ku. ( rindu nak main tumbuk-tumbuk, tembak-tembak ) huahuahaha.. best nih main tembak-tembak.

Aku masa tu nak jadi askar ke, polis ke, ntah asal ada yang tembak-tembak pon jadi la. Jiwa muda mana tahu sangat. Tak pon jadi '' Loktor '' heee.. Loktor tu apa? Doktorr.. Huh .. mak kauu. Doktor tu, bukan alang-alang. InshaAllah. Pernah gak nak jadi '' Pilot ''. Naik helikopter. Jadi Juruterbang. Cita-cita tinggi menggunung.. Tak apa, asal cita-cita tu mesti tinggi baru best.. Kena ada impain baru ada anjakan nak berjaya. Tapi mas tu mana la tahu pasal benda-benda ni.hauhuah..

Bila cikgu nak tulis dalam buku laporan tu, mesti fikir ; tahun ni nak jadi apa? Kan dalam buku laporan@ report card ada tulis kan?kan?
Tahun pertama; CIKGU,
Tahun kedua ; DOKTOR,
Tahun ketiga ; POLIS,
Tahun keempat ; PILOT,
Tahun kelima ; TENTERA,
Tahun keenam ; DOKTOR... hehehe melucukan bila ingat kembali..

Tapi.. oleh kerana kukurengan nih ku melupakan mu wahai cita-cita ku.hehe..
Masa tu tak fikir nak sambung belajar, bagi aku yang penting dapat kasi duit dengan mak ayah aku. Bagi aku masa tu tak nak lagi nak menyusahkan mak ayah. Aku fikir kalau aku sambung belajar kena guna duit lagi, belanja lagi
 DAN MACAM-MACAM LA.... yang sewaktu dengannya..

Macam-macam kerja pernah aku buat, kerja mencuri takda la hehe.. Nampaknya nak jadi PILOT, DOKTOR, POLIS  tak dapek la ni... tu yang aku fikir ...

Aku kerja jadi buruh binaan jer lepas abis sekolah. Tiap bulan dapat la 7, 8, 9 ratus. Ada overtime pun ambikk.. Asal duit masyuk ok la tu........


ada masa sambung lagi, masih sibuk..kerja, kerja, kerja......

Sabtu & Ahad

hmmm... bukan bunyi mengeluh..
yeahh..yeah... tanda suka..
yess.... kata-kata semangat
sabtu ahad pon kerja...
nak teruskan kehidupan..

kalau rasa ada kekurangan diri,
patut-patut fikirkan yang terbaik..
terbaik untuk diri,
terbaik untuk keluarga, ibu, ayah,
terbaik untuk isteri, anak,
terbaik untuk masyarakat,
terbaik untuk negara..

dan nak tidur...
selamat malam...
mimpi yang indah...

Khamis, 24 Mac 2011

GAJI

                                                                 Potongan Tetap
____________________________________________________________

1. Gaji Pokok                 : 2000                                 KWSP          : 250.63
2. Elaun Rumah               : 180                                   Baitulmal       : 5.00
3. Elaun Wilayah             : 321                                   Angkasa        : 624.58
4. Elaun Kritikal              : 200                                   Cukai            : 15.69
5. Elaun Lebih Masa       : 150                                   Perkeso         : 21.60
6. Bonus                         : -                                        Insuran         : 128.71
Jumlah Pendapatan      : 2851                       Jumlah Potongan : 1046.21
____________________________________________________________

Potongan Luar Payslip ( huhu ) ??????????????????

Kereta                    : 497
Kasi Mak               : 300
Sewa Rumah          : 480
Bil Air                    : 9.20
Bil Elektrik             : 12.84
Bil Telepon            : 87.35
Makanan               : 250
Minyak Keto         : 100
JUMLAH            : 1736.39 + 1046.21 = 2782.60
                             : 2851.00 - 2782.60 = 68.40

Belum kasi bini lagi...
Kalau tiap bulan macam ni....
Sampai Pencen pun.....

Bukan setakat nak kaya....
Nak simpan pun.......
Nak buat amal pun....
Kawan minta belanja??......

Ni kerja makan gaji...
Tiap bulan dapat....
Kena buat sesuatu nak tambah belanja..
Nak meniaga pisang goreng pun ada modal....
Abis aku nak jual apa ni?????
Tolonggggg..............


Fikir-fikirkan....
Selamat beramal.......

NAFSU SERAKAH..


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

 Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
 "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
 Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
 "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

 Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
 Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahu'alam.

Rabu, 23 Mac 2011

gembira rasanya...

heeeeeeeeeee... aku gembira,
aku hapy kata orang putih,
aku senang hati,

syukur pada yang Esa,
dah dapat install benda tuh dalam ni,

terima kasih banyakkkk181 Bang Nizam,
tak tau nak cakap apa lagi,
tak tahu nak ucap apa lagi,

'' kalau ada galah di luar ''
'' tolong saya jolokkan ''
'' kalau saya buat salah ''
'' tolong saya kasi tunjuk ''

saya baru belajar,
kalau salah tolong perbetulkan
LCCT
PESANAN UNTUK DIRI & PARA PEMBACA SEMUA; layannn..

KITA sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama ada KITA nak dan tak nak saja.
Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak KITA terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.

Aset utama juara adalah pengetahuan

Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.

Perbaikilah diri KITA dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati KITA supaya mahu perbaiki diri KITA pada keesokan hari...

INSHAALLAH.....

S.P.M - siapa punya mangsa

Selamat tengahari..
dengar-dengar hari ni Keputusan SPM keluar..

Agak-agaknya macam  mana la  peratusan tahun ni?
Bagi mak bapak yang ada anak nak bagi apa kalau anak dapat keputusan yang bagus???

Bagi yang tak dapat bagus punya macam mana??
  Mak Bapak tak bingung kerr??.. sekarang kerja susah, kerja gomen?? kerja Kuli?? kerja sendiri??

kejayaan adalah sesuatu yang dicipta, bukan kebetulan!!

yeahhh.......

Mark Zuckerberg mencipta kejayaannya menjadi jutawan dalam usia muda, begitu juga Irfan Khairi. Mereka berjaya dalam usia muda di dorong oleh satu perkara ;

 ''keghairahan melakukan perkara yang menjadi mina, ia dipanggil ‘passion atau enthusiasm’.

Dari apa yang saya baca, Irfan Khairi meminati lukisan dan ‘creative design’. Mark Zuckerberg meminati pengaturcaraan komputer.

Facebook tetap jadi popular sedangkan ketika Facebook mula mendapat nama, internet sudah mempunyai berbagai laman sosial hebat seperti Friendster, Tagged, Myspace, Hi5, tak lupa laman-laman besar seperti Digg dan Delicious. Kerana apa Facebook popular?

Mark Zuckerberg berani memaparkan ciri-ciri keminatannya yang direka mengikut dia punya selera tanpa terikut-ikut dengan ciri laman web lain, lantas kelainan itu menjadikan (Facebook) berlainan dengan hasil laman web orang lain yang sudah gah menempa nama.

Saya dapati kejayaan hidup Irfan Khairi dan Mark Zuckerberg dicipta secara bertahap kesan dari sikap benar-benar menikmati keseronokan ketika melakukan apa yang mereka minat. Bacalah profail hidup Steve Jobs dan Anda akan tahu apa yang saya katakan ini betul.

Steve Jobs ditendang keluar dari kolej, tapi walaupun dia ditendang dari kolej , idea ‘gila’ Steve Jobs mengubah gaya hidup berbillion orang diseluruh dunia hari ini lantas menjadikan dia berjaya mengecapi tahap kejayaan yang lebih berjaya dari kejayaan-kejayaan dirinya sebelum ini.

Dia memperkenalkan iPhone, iPad, iPod, produk-produk ‘bebudak’ yang tak pernah terfikir untuk dikeluarkan oleh pengeluar komputer lain.

Jadilah lain daripada yang lain, be different!
Anda sebenarnya dilahirkan untuk menjadi lain daripada orang lain tapi oleh kerana Anda mahu mendapat kawan dan mahu mendapat tempat di kalangankawan-kawan Andan, Anda membentuk diri Anda menjadi sama dengan diri orang lain.

Untuk membentuk kejayaan Anda, Anda kena bentuk identiti sendiri, stail sendiri, bina jenama Anda sendiri, cipta gaya Anda tersendiri, cari apa ‘passion’ Anda. Kejayaan dicipta oleh apa yang menyeronokkan kita lalu kita jadikan keseronokan itu sesuatu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain pula.

sumber dari ; iMotivasi

Selasa, 22 Mac 2011

Selasa-Hidup Ini Membantu Anda Jadi Orang Berjaya

Diamond Night di MIECC, Kuala Lumpur

Tepat 10pagi dah bermula kerja,
Tapi Sebelum tu baca ni...........


Takutkah Anda apabila Anda disisihkan  sebab impian Anda berlainan dengan impian orang lain?
Takut sebegini memang ada, sebab Anda akan merasa takut kehilangan kawan dan orang-orang yang rapat dengan Anda.

Anda takut dikritik, Anda takut dikata ‘ngko ni gila’.

Apabila Anda mahu jadi orang berjaya, hidup ini akan menemukan Anda dengan orang-orang yang boleh membantu Anda mencapai kejayaan diimpikan.

Kesannya, Anda akan dijauhkan dari orang-orang yang menghalang Anda daripada mencapai impian Anda, walaupun orang itu cukup rapat dengan Anda.

Setiap orang adalah berlainan. Mungkin ada yang serupa tapi takkan pernah jadi sama.
Oleh sebab itu, kemahuan serta impian Anda akan jadi berlainan dengan orang lain walaupun nampak sama. Apa yang Anda mahu capai akan jadi berlainan dnegan orang lain, walaupun sekilas pandang nampak serupa.
Jangan takut memberitahu apa yang Anda nak capai dalam hidup, katakannya pada orang yang Anda percaya. Beritahu dengan penuh bersemangat.

Apabila Anda selalu berfikiran positif, fikiran Anda akan menemukan Anda dengan orang-orang positif serupa dengan Anda. Orang-orang berfikiran negatif akan jadi menjauh daripada Anda, walaupun dia keluarga Anda sendiri.

Ingat, ini adalah kesan hukum sebab dan akibat (cause and effect).
Anda fikir positif, Anda akan ditemukan dengan orang-orang positif, situasi-situasi positif dan perkara-perkara positif. Semua tu akan membuat Anda semakin dengan apa yang Anda mahu capai, selagi Anda berfikiran positif.

Seminar Usahawan 2010


Untuk berjaya dalam hidup, keBERANIan dan kekuatan emosi kena di bina.
perjalanan melalui kawasan pembalakan & jalan turun naik bukit yang curam, kena berani!!

Isnin, 21 Mac 2011

Niat Terbaik Hari Ini

Niat menjadi pendorong terbesar buat Anda dalam apa jua yang Anda lakukan. Sebagai contoh,kenapa Anda bersembahyang? Sebab Anda niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Anda bersembahyang kerana Anda disuruh bersembahyang.
Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.
Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.
Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentuk kejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.
Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

SUMBER;
iMotivasi

Ahad, 20 Mac 2011

Jumaat, Sabtu, Ahad..

Jumaat

Saja nak tunjuk... jarang dapat walaupun kerja gomen sendiri, tapi ada orang tak syukur bila dah di kasi M.C ni..huahuah



TAk sihat sangat sampai kena M.C (medical certificate ). Dah lama aku tak kena demam ni. Sklai skala huh ! sakit beb. Pengsan telan ubat, bukan tak jaga kesihatan, kerja tempat yang banyak pembawa penyakit. Lagi pun sekarang musim orang batuk dan selsema. Orang cakap kerja kesihatan ni tak pandai sakit?? siapa cakap? Ingat orang kerja kesihatan ada power sendiri ke? Pernah orang cakap kat aku 
'' ala kau kerja doktor mana pandai sakit?'';
'' ala doktor mana boleh sakit?" ;
'' doktor pun sakit?'' ;
Dan macam- macam lagi lah....
Malas nak layan. Orang ingat aku ni badang? Hang Tuah? aku ingat Hang Tuah pon sakit, kalau tak sakit memang BERTUAH la tu!! Macam kita bawak kereta juga, kita hati-hati tapi orang lain tak hati-hati. Atau kita drive 60km/j orang sebelah drive 120km/j. Nak salahkan siapa??
        Sama juga dengan kesihatan ni, ala macam kerja aku, Tuhan nak uji kesabaran tuh sebenarnya. Macam meniaga juga, kejap naik saham, kejap turun, macam roda ( perumpamaan dahulu kala, hehehe ) kejap di atas, kejap di bawah. KONSISTEN tu yang perlu. Bukan macam hangat-hangat tahi ayam.heeeee.. kena bersedia, dalam keadaan " TIP TOP "

Sabtu
Semalaman terlena selepas makan ubat, sakit dada sebab batuk, susah nafas sebab banyak mucus @ sputum , badan sejuk-sejuk tapi panas sebenarnya. Paling best minum air Fir Nano Beautifull Bio Aura dengan konsep DNI ( Detofikasi, Neutralisasi, Imunisasi ) ;

DETOFIKASI ( MEMBERSIH ) bermaksud proses membuang, membersih, mencuci dan sewaktu dengannya terhadap bahan buangan, toksin, segala kekotoran dalaman secara menyeluruh supaya penyerapan nutrien boleh berlaku dengan lebih baik, efektif, sempurna.

NEUTRALISASI ( MENYELARAS ) bermaksud untuk menjadi normal, kalau tengok dari maksud pun dah tahu kan " NEUTRAL " maksud nya NORMAL la kan?? Atau maksud lain keadaan penyelarasan supaya organ-organ dibekalkan dengan nutrien yang seimbang dan berada dalam keadaan asal,sempurna,bak kata orang ' ori ' ori.. original.. tulen, .. tak paham buka khamus..heehehehe. jangan marah... gurau!!

IMUNISASI ( MENGUATKAN ) bermaksud menjadi pertahanan, kalau tengok dari maksud '' imunisasi ' sistem pertahanan badan, menjadi lebih kuat la..Kalau yang tahu pasal kesihatan lebih faham kot. Atau lebih senang kita bagi macam ni ; mengukuhkan organ dengan daya ketahanan supaya dapat mengelak, menghindar masalah organ sambil memberi tenaga tambahan.

HAaaa.. kalau tak da benda-benda ni susah. Ketiga-tiga fungi ni mesti ada untuk proses penyembuhan..

Beautiful Bio Aura FIR NANO

2pm Bengkel C.T.S ( CDM Ash )
Petang ni attend Bengkel C.T.S khas untuk pelajar Akademi Taipan Cawangan Miri. Rugi tak datang.
Bimbingan khas bagi yang minat, percuma tak bayar, orang jauh sanggup datang kerna nak dapat kan ilmu percuma.

Antara yang hadir, kalau berbayar mungkin nak fikir juga kot. Manfaatkan ilmu kerna orang datang dari jauh nak kongsikan ilmu. Hope Sumbangan Ilmu yang dikongsikan di berkati Tuhan, Amin.



 Kesian Mentor, nasib tak kena tinggal , tu lah borak- borak sampai tak sedar jam.heeee Tak apa, ada masa kita borak panjang..

Ahad
 Rasa tak berapa nak sihat sangat.. Tapi kena lawan sikit tahap kesakitan tu. Hari ni buang boring jalan-jalan kejap..

Pilih sayur yang segar-segar, tapi kena purikasi dulu.. lagi sihat dan segar!!
Proses Purikasi sayur-sayuran, mana lerr tau ada bahan tak sihat. Kalau tengok nampak segar.. Biasa la peniaga nak laku!!




Ada lagi yang tak tahu pasai ni kah? Harga ayam dah naik? mesti bahan pengawet kena tambah banyak supaya bekalan ayam mencukupi.. Haaa ni la kesan  Tsunami Jipun bukan Jepun... heeeeeee kena buat sesuatu. Kalau harga ayam dah naik, entah apa lagi barang yang akan dinaikkan.. Takut-takut sayap ayam panggang, buntut panggang naik...

Sama-sama kita fikirkan..

Khamis, 17 Mac 2011

sambung bekerja sampai malam

Selamat dalam perjalanan bagi yang pulang bekerja..

Aku masih bekerja sampai malam 10malam... meneruskan kudrat untuk terus hidup..
Sekarang masa jam perjalanan pulang ke rumah, aku masih disini menghadap komputer dan orang-orang sakit.
Badan lenguh-lenguh rasanya.. Mungkin disebabkan oleh cuaca sejuk dan orang yang tak reti bahasa bila batuk tak tutup mulut.
Moga-moga tak la macam tu . masih banyak kerja perlu di buat ni. Bunyi macam mengeluh tapi kiasan kot..hahahaha
Tempat aku bekerja suatu masa dulu. Kepada yang kenal diaorang tu sila camm!! hehe.... aku lah paling smart kata org putih...heeeee..


Sekali sekala tengok gambar -gambar lama best jugakk... siapa yang kenal orang-orang ni diam-diam ja lah kan...

Sapa yang pernah tinguk budak ni sebelum ni dalam blog saya tau lah.. comel, umo baru 3 tahun. Tapi badannnn...

Ni yang best lagi ;

video
Anak ni datang dengan pakcik nya. Umur baru 3 tahun jugak.. tapi mulut laser, bijak, pandai bercakap...
Kepada mak-mak yang ada anak ni , saya minta maaf ye, tak minta kebenaran dulu..hehe..

Enjoy!!!!!!!!

KHAMIS 17/3/2011 BERSAMAAN 12 RABIULAKHIR 1432H

SELAMAT pagi ..
Assalammualaikum...
Harap sihat-sihat Doanya..

Rasa kureng sihat la hari ni.. Banyak customer batuk selsema.. dah diaorg ni tak reti nak tutup mulut bila batuk. Macam tak sekolah. Kalau yang sekolah tak apa la jugakk. Heeee..
 Bangun awal pagi dah rasa perit tekak ni..
Petua saya makan buah pisang dengan air suam.. lega sikit..

Ni nak share sikit, ambik dari iMotivasi blog. Ada masa baca k...

Apa sikap skeptik ni?
Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut tidak apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.
Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.



selamat beramal....

Rabu, 16 Mac 2011

kongsi MOTIVASI TELADAN

Tempat kerja lama.. suku kaum pedalaman.
“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.” “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.” “Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit''

SUMBER;
iMotivasi

A.P.I - Pelita

  • Assalammualaikum..
  •  Salam 1,2,3,4 Malaysia... aku 1Malaya..hehe
  • Lama tak buat catatan...
  • Apa khabar semua, harap tengah baca ni senyum-senyum.... kan .. kan..
  • Memang sihat-sihat semua kan? Kalau tak sihat takkan dapat baca??
  • Ayuh kita renung lagu si Mamat ni.. best! kalau ada perasaan, memang ada mesej yg di sampaikan..
  • Kita hari ni macam mana??


Sabtu, 12 Mac 2011

Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah Live



Kerja la la la....
Balik kerja la la la...

Hari ni hujan lebat di sesetengah tempat.. Berita semalam sangat memberi keinsafan kepada kita...
Tak tau mana hujung pangkalnya hidup ni... SubhanAllah..
Harap memberi keinsafan kepada semua agar lebih beringat..
Tapi matlamat perlu diteruskan, kedua-dua matlamat akhirat, matlamat duniawi seiring...
Baru SMART!!

Kopratasa - Permata Untuk Isteri

sabtu 12032011

Semalam hari lahir isteri, 11 03 11
Terkezut member bila tangok lilin menyala sebelah badan. Sapa suwuh tidur, hahaha. Nasib tak melompattt..
Selamat hari lahir isteriku..hehe kalau ada baca blog ni.. mintak mahap la ye//
kembang mata, hepi lah tuh..

kek lapis sarawak

Hari Jumaat, penuh berkat, harap bersemangat, walaupun kadang-kadang jarang-jarang patah semangat..
Hari ni banyak sangat hal-hal yang tak disenangi... adoi, cabaran tu!! Tak apa..
Malas nak cerita..hehe

Hmmm.. sabtu kerja. Dah takada orang nak kerja.. kerja la la la..

tempat kerja
bye... nak tdo..

Jumaat, 11 Mac 2011

azulfyqar: Selamat Hari Jadi

azulfyqar: Selamat Hari Jadi: "apa khabar?? dua hari tak update blog.. hehe sibuk sgt,.. kepenatan.. kerja sampai jam 10malam.. Hhmm.... tak pa.. ibadah tu.. kerja biasa-b..."

Selamat Hari Jadi

apa khabar?? dua hari tak update blog.. hehe
sibuk sgt,.. kepenatan.. kerja sampai jam 10malam..
Hhmm.... tak pa.. ibadah tu..
kerja biasa-biasa, dapat biasa2
kerja luar biasa, dapat pun luar biasa..
bukan buat kerja gila, tapi gila-gila..



Hari ni hari Khamis malam Jumaat..
Orang malam ni baca Yassin..
Tapi hari-hari pun boleh baca..
Esok hari Jumaat, penghulu segala hari
Hidup mesti bersemangat,
walaupun kadang macam hangat2 tahi.....
baru hidup berkat..

Malam ni hari lahir isteriku...
Semoga masuk nya tahun baru baru baginya
Lebih bermakna, berilmu, beramal, murah rezeki
Sihat sentiasa, murah rezeki, di lindungi dengan cahaya Iman & Takwa..
saya sayang awakkkk..........

Rabu, 9 Mac 2011

azulfyqar: selasa, selesa, segala, & .....

azulfyqar: selasa, selesa, segala, & .....: "Assalammualaikum.. Hari ni cerita lain sikit.., bukan bukit, tapi bukti orang kita.. bukan mengungkit, bukan membangkit... sekadar renungan..."

selasa, selesa, segala, & .....

Assalammualaikum..

Hari ni cerita lain sikit.., bukan bukit, tapi bukti orang kita..
bukan mengungkit, bukan membangkit... sekadar renungan, imbasan, pengajaran dan sewaktu dengan nya..
Untuk lebih kuat bersemangat, Malaysia boleh.. kita pun boleh. Tapi kalau bukan kita yang boleh takkan Malaysia Boleh!!


Nak habaq kat hang ...
 Kenapa la orang sekarang nih xleh nak tengok orang buat kerja lebih? bukan kita buat kerja jahat, buat kerja jahat orang tak bising sangat.. Dah jai trend ke? atau suka tengok sesama bangsa hidup selamanya begitu sampai ke tua??

'' Ajak buat yang baik tak nak...Free memang nak, suruh kerja xnak
Ajak buat jahat nak sangat... dibayar pasti nak, tak suruh pun buat  ''

subsidi sana sini ;
sampai bila pun sudi ;
buat baik nak ke sana pun tak sudi ;
apa lagi nak membela nasib diri ??


maksudnya;
'' Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan ''
Nabi Muhammad berkata, Allah akan menolong hambanya selama hambanya itu menolong saudaranya.( Riwayat Ahmad )

kerana tiap-tiap orang dalam masyarakat biasanya masing-masing berhajat kepada pertolongan dari yang lain. Memang kehidupan dalam dunia ini tidak tetap selalu bertukar, hari ini mungkin kita senang tetapi esok mungkin kita susah, bulan ni mungkin beruntung dan bulan hadapan mungkin rugi, begitulah sebaliknya.

Nabi Muhammad berkata, '' Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga ia kasihkan saudaranya ( sama islam ) seperti yang ia kasihkan untuk dirinya ''

Hmmmm panjang catatan aku kali ni..
 sebagai penceritaan jer lah kan..
tapi ada teladannya...
LAYANN...

Sumber dari buku ni..
Nak baca abezz, beli sendiri.hehe

Selasa, 8 Mac 2011

azulfyqar: Alhamdulilah, Syukur...

azulfyqar: Alhamdulilah, Syukur...: "Hari Isnin memang penuh dengan orang... Biasa la hari pertama dalam seminggu.. Begitu juga tempat aku bekerja... sibuk dengan hal -hal masin..."

Alhamdulilah, Syukur...

Hari Isnin memang penuh dengan orang... Biasa la hari pertama dalam seminggu..
Begitu juga tempat aku bekerja... sibuk dengan hal -hal masing..
Aku pula sibuk dengan tugasku sebagai Pengarah Urusan ( CEO  bahasa omputih, pemangku jerr )hehehe
Kalau aku punya kedai ni tak apa.. untong lagi ada. Ni kerja makan gaji. Lain la kalau aku empunya semua tuh..

Kena sabar, tabah, tebal telinga bila urus orang yang lebih senior dari aku, bukan senior 2 3 tahun, beza lebih dari 10 tahun... hehehe. Aku yang paling kira muda la .. kuang.. kuang... kuang...

Tengah-tengah aku sibuk layan pesakit nih ada orang penting kol;
'' bang, sibuk ka?'
'' apa hal?''
'' tadi dah scan, baby boy, sebab ada nampak bijikk''
'' hah!! ( terkezut )
'' Alhamdulilah, pewaris pertama aku... hehehe ''
''ok2.. nanti kol balik..''

Hmmm.. best giler dapat berita nih... yess happy la jugok!!
Tak sabar nak balik kerja..

Sampai rumah,
Aku buat ni...
Tapi Purifier dulu,
baru sedap,
baru selamat,
Ikan Kembong masak minyak ...hehehe




Timun masak kunyit... sedepp..


sosej stimm.. dah purikasi baru selamat..


Sebelum masak, purikasi dulu beras. Baru masak nasi... lagi sedap, lagi selamat..



sedap... ikan goreng..



nak tau pasal benda ni ?
nak demo pasal benda ni  ?
nak tengok yang real ?
Sila Ketik 013 568 8660.

Air untuk orang berbadan dua, perisa ros + soya, baik untuk kandungan... sedapp..

Siapa kata lelaki tak pandai masakkk??
Lama dah tak ke dapur...
Dulu Out station aku la chef..he
Malam ni aku take over orang mabuk laut... hehehe

Tapi semua ni kena purikasi dulu..



























Isnin, 7 Mac 2011

azulfyqar: Hari Ahad, Hari Minggu, Hujung Minggu.. Masuk Hari...

azulfyqar: Hari Ahad, Hari Minggu, Hujung Minggu.. Masuk Hari...: "Dulu hujung minggu kat stesen lama xtau nak buat apa. Tak da hiburan, letrik pun jarang buka sampai tengah malam.. huhuhu. Last-last tidur a..."

Hari Ahad, Hari Minggu, Hujung Minggu.. Masuk Hari Isnin..

Dulu hujung minggu kat stesen lama xtau nak buat apa. Tak da hiburan, letrik pun jarang buka sampai tengah malam.. huhuhu. Last-last tidur awal, bangun pun awal..hehehe .. Semangat, awal pagi bangun lepas sembahyang terus kemas tu kemas ni. Kalau tak bangun awal, nasib la dapat nak sidai baju awal. Tempat penyidai kureng banyak. Tu la pasal kena awal. Kalau tak... hehe nak jemur atas pokok??

Ni la tempat sidai tu.. hehe
Manusia banyak tp tempat jemuran tu kureng..hahaha
Gamba ni ntah bila aku ambik..

Tapi kalau di fikirkan balik best jugak kat tempat macam ni.
Bebas hutang, bebas cukai, bebas asap, bebas boros, bebas buang duit.. bebas apa-apa la..

Sekarang dah pindah ke bandar;
semuanya kena guna kos sara hidup yang tinggi.
Mengharap gaji memang kehidupan yang biasa sahaja,
Nak juga pakai baju lawa-lawa, seluar Levi's 501,
Nak juga henpon canggih, bukan nak bermegah, tapi isi hawa nafsu sendiri. Bukan salah diri sendiri, salah 'orang-orang' yang buat barang2 yang canggih, bergaya dan sewaktu dengannya lah..



Tempat biasa jaimm kat ulu.. terjun ni bro.. layannn..
Zaman sekarang ni,hmmmm macam2 ada, serba canggih, serba moden... Lambat sikit dah ketinggalan, orang dah maju kita masih lagi di takuk yang lama. Orang dah naik Toyota Alphard, aku masih perodua kancil.

Bukan tak mahu maju, action yang lambat. Kena ketuk sikit mula la macam murai, orang ajak buat ni buat tu tak nak. Suka makan gaji, hidup pun gini-gini, nak hidup yang gitu-gitu, kena ada action yang gitu-gitu..
Sungai Kelamei di Long San Baram, Miri, Sarawak.

Ni la dapur aku, nampak ada periuk karan, tp siang jer dapat masak. Kena masak banyak sekali lerr.
ayam + sos tiram + bawang + serai
Nak makan tiap bulan kena tahan nafsu..


Ni pun sebulan sekali baru dapat buat, ayam mahell...
 Ni la realiti kehidupan.. nak tak nak kena buat dan terus berusaha...
Nak tak nak kena fikirkan sesuatu...
Kena usahakan sesuatu....

Ahad, 6 Mac 2011

azulfyqar: k e r j a

azulfyqar: k e r j a: "Cerita dahulu kala.. Dulu masa kecil dengar dari radio pasal perkhidmatan doktor udara. Agak2 nya cemana la benda ni kan? ( biasa la kan, ma..."

k e r j a

Cerita dahulu kala..
Dulu masa kecil dengar dari radio pasal perkhidmatan doktor udara. Agak2 nya cemana la benda ni kan? ( biasa la kan, masa budak2 mana tahu sangat.. biol' hehe) Macam mana la doktor udara tu kan. Perkataan  'udara' tu yang menghairankan. Agak2 nya macam mana la doktor tu ye?? hehe... melucukan, cali2..
Flying Doctor Service 2009
dah nak landing kat helibase miri airport

Ikan Semah ke Ikan Sultan?? lupa laa..fresh lagi


 Ni la kerja kalau dah abis servic, abis kasi ubat dengan orang pedalaman. Almaklum la di pedalaman ni xda api air macam d bandar, terpaksa la masak bawah kediaman. Aku potong bawang je la...
 Dulu masa kecik2 dengar dan tengok je helikopter. Bila dah kerja ni haha dah naik pun, g sana sini lagi tuh..hehe. Best juga nih, peluang naik helikopter, hari-hari naik.

Kalau nak cerita pasal kos penerbangan dan servic untuk rakyat ni payah. Kalau sekali terbang kira kasar RM4000 ke RM5000 untuk sebuah helikopter. Belum kira kos lain, gaji saya, gaji pilot dan gaji yang lain-lain tu. Belanja ubat-ubatan lagi??? huhu..

Kadang-kadang terfikir jugak bila orang komplen2; gaji tak cukup la, gaji kcik la, servis lambat la, ubat sikit la,banyak orang la, lama menunggu la dan sewaktu dengannya. Kalau diaorang tau benda-benda ni semua rasanya tak ada suara-suara sumbang ni. Kita ni tak cukup dan puas bila orang dah bagi free.. tu pon bayar sehinggit je. Belanja kerajaan tu baru sebuah heli ni jer, kalau 10 buah helikopter?? ni bukan nak mengomell.. cerita je lahh...

Sungguh indah ciptaan Nya, rasa kecil dan insaf bila tengok pemandangan yang best-best ni. ''SubhanAllah''.. tapi kita nih bila nak insaf?? termasuk aku lerr..hehe
Banyak pengalaman dugaan bila kerja macam ni, memang puas bila tahu dan tengok masyarakat yang hidup di kawasan yang jauh di pedalaman nih...

Pandangan dari atas, Bario. on the way ke Ramudu bahagian paling jauh di Ulu Baram, Miri, Sarawak.


Nanti sambung lagi ye.............

Sabtu, 5 Mac 2011

Sabtu Pun Kena Kerja > Kerja Wajib

Long San 2009
Baram, Miri
Sarawak.

Ni lah tempat kerja aku yang dahulu. Jauh di  pedalaman, lebih kurang 8jam dari bandar Miri, Sarawak. Kenderaan nya hanya 4x4 ja yang dapat masuk. Kalau duduk 8 jam jalan berturap tak pa. Ni mau tak maunya patah pinggang.

Naik Twin Otter pun boleh, kurang dari 1jam dah sampai. Penduduk berbangsa Kenyah, Penan, Kayan yang biasanya menetap di tempat aku bekerja nih. Mula-mula memang rasa janggal, walaupun aku nih anak kampung..hehehe. Bukan orang bandar pun. Pernah aku terfikir tempat ni orang masih pakai cawat, duduk atas pokok!!. Walaupun aku sendiri tak tahu ada orang masih menetap di pedalaman macam ni..

Mula sampai sini rasa nak balik semula. Mmmakkkkkkkkkkk.........

kenderaan pacuan 4x4 yg wajib kena guna..hehe

kalau tingukk dari atas.. huhu Subhan Allah.. mak kauu!!!

Emily & Desmond Gau, orang kampung yang banyak tolong aku masa di situ..

Masa tu nak turun bandar memang ambik masa. Kena timbang2 dulu, kena fikir2 dulu, kos pergi balik dah 200. Belum makan minum lagi.. huhuhu penuh dengan cabaran !!.. xpa2 sabar-sabar.. masa tu masih bujang.. Ada ku kesah sangat?? cuma rindu dgn mak lerr..hehe

Hari ni biasa orang rehat di rumah, aku kena turun bekerja
tampung belanja untuk keluarga
nak tak nak kena buat
kena turun
kerja wajib!

sat lagi sambung...


b e r e h............

Your Comment/ Komen Anda