nuffnang ads

Khamis, 17 November 2016

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI

Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Selasa, 15 November 2016

Petua Murah Rezeki

⁠⁠⁠Petua Murah Rezeki ✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang.. .................................... ✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin. .................................... ✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan. .................................... ✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. .................................... ✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2). .................................... ✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah). .................................. ✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya. .................................. ✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus. .................................... ✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah. .................................... ✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu. .................................... ✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia... .................................... ✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya. Selamat bersedekah.. Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..Renung2kan & Selamat Beramal

Ahad, 13 November 2016

Happy Sunday !


Salam & Hi ! Ari ni Ahad 13 November 2016, semua tahu la kan. Saja ja untuk entry hari ni.. Hari ni try masak ayam lemon. Malam tadi dah perap dengan garam, aji no moto (la sangat) Pagi tadi masuk microwave, tambah serai 2 batang. Masak dalam 30 ke 40 minit. Tengok hasil dia.. kalau nak cuba silalah.. senang saja. Dah siap rasanya boleh tahan, off course rasa lemon. Tapi sedap bagi aku lah. Kuah boleh makan dengan nasi panas. Kalau dah cuba boleh la comment di ruang entry ni. Selamat Mencuba.. #rindubudak2..

Sabtu, 12 November 2016

S. Murad

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah! 

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada *membawa fitnah, menuduh fitnah, Dan menyebarkan fitnah*...moga Allah meredhai hidup kita semua. 

Aamiin Allahumma Aamiin..

Salam Kembali

Salam Semuanya ; Dah lama tak memblog.. Baru lgoin balik sejak sekian lama di tinggalkan.. Bukan apa.. sibuk hal keduniaan & kehidupan.. Sudah tahu yang lebih baik adalah hal di sana nanti.. Allahualam.. Tak tahu nak buat entri apa.. Sja borak-borak kosong.. Pernah nak belajar memblog dengan lebih baik tapi alankah tak kesampaian.. Belum ada rezeki rasanya.. Terus hidup & beramal sepertimana yang di perintahkan saja.. Semoga kalian yang terbaca dirahmati, di murahkan rezeki dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan.. #rinduanak

Your Comment/ Komen Anda