nuffnang ads

Isnin, 24 September 2012

Jom Cantik

BB Plus diformulasikan untuk merangsang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh…BB Plus juga dihasilkan daripada 5000mg kolagen ikan terhidrolisis untuk memberikan penyerapan yang baik..Kofaktor seperti ekstrak biji anggur & Vitamin C ditambah untuk melindungi rantaian kolagen..Pengambilan BBplus setiap hari dapat menyerlah keremajaan kulit & memberikan kesihatan menyeluruh…

Ramuan

Kolagen ikan terhidrolisis,Ekstrak Biji Anggur,Vitamin C,Serbuk jus Blackcurrant,Serbuk jus Roselle,Serat Epal,Isomaltulos,Sukralos..

Cara Pengambilan

Campurkan 1 paket BB Plus dalam 150 ml air..Elakkan menggunakan air panas..Kacau & sedia diminum..Pengambilan terbaik adalah sebelum makan atau sebelum tidur..

Harga

1 Unit : RM 180.00 (WM) / RM 182.00 (EM) (1 Unit  = 20 paket)

4 Unit : RM 720.00 (WM) / RM 728.00 (EM )

Promosi untuk tempoh terhad,pembelian 4 kotak BB Plus akan mendapat

1 KOTAK BB Plus + I Unit Crystal Tumbler..

 

APA ITU KOLAGEN

Kolagen adalah sejenis protein. ia berbentuk serat, menyambung dan menyokong tisu badan seperti kulit, tulang, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ dalaman dan juga gigi.

Kolagen adalah protein yang paling banyak di dalam mamalia termasuk manusia. Kolagen terdiri daripada 25% protein yang berada dalam badan manusia.
Kolagen juga diberi jolokan sebagai gam yang menyambungkan bahagian badan, tanpa gam, bahagian badan senang bercerai.

Serat kolagen adalah penting dalam pembentukan struktur luar sel disebabkan oleh sifatnya yang anjal dan kuat. Kolagen juga ada dalam sel.

Kolagen berkait rapat dengan elastin dalam menyokong tisu badan. Kolagen menjadikan tisu badan kenyal dan kuat manakala elastin menberi keanjalan. Kombinasi ini sangat penting dalam bahagian badan termasuklah paru2, tulang, tendon dan juga salur darah.

Kolagen bersama keratin menyebabkan kulit anjal ,kenyal dan kuat.
Kolagen berkurangan disebabkan peningkatan umur, gaya hidup,tekanan.




KEISTIMEWAAN KOLAGEN BBplus .

Diformulasi untuk meransang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit serta kesihatan secara menyeluruh.
dihasilkan daripada 5000mg kolagenikan terhidrolisis untuk memberikan penyerapan yang baik.
kofaktor seperti ekstrak biji anggur dan vitamin c ditambah untuk melindungi rantaian kolagen.

RAMUAN

Kolagen ikan terhidrolisis
Ekstrak biji anggur
Vitamin c
Inulin
Serbuk jus blackcurrent
Serbuk jus roselle
Serat epal
Isomaltulos
Sukralos

CARA PENYEDIAAN

Campurkan 1 paket BBplus ke dalam 150 mls air. Elakkan daripada menggunakan air panas. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan atau sebelum tidur.
 
 
 
 
KALAU NAK  kOLL OR sMs ; 0135688660 Mr & Mrs Awang
 
 



Selasa, 18 September 2012

Selamat Pagey Semua-Puncak Kinabalu

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera ke atas Kamu..
Selamat Pagi..
Salam Satu Sarawak ?? hee

Pagi ni cuaca macam baik-baik saja..
Fening kepala kerna hujan semalam..
Harap hari ni semuanya ok...yukk..

Gambar bawah ni dari bilit tidur tempat kerja aku ;
Lihat perbezaan beberapa gambar ;
SubhanAllah.. Indahnya Suasana pagi;
biasanya aku just tulis jer,
pagi ni semangat sikit nak ambik gambar..
hehe

Gambar dari cermin jendela

hari makin cerah..

nampak TV kiut akuu..

Ni dah on lampu bilik.

Isnin, 17 September 2012

Perempuan Pon 2X5 = 10 juga sebenarnya.. Betul kerr ?? Jangam Marah yerr.. Ni kajian yang Dierorg Buat. Nasib laa.. :-p


Lelaki selalu dipersalahkan sekiranya memandang bahagian tertentu tubuh wanita. Kaum hawa menuduh lelaki ni gatal la, miang la dan macam-macam lagi. Namun, mereka tak sedar mereka pun 2x5=10 jugak. Jom kita sama-sama layan video dekat bawah ni bagi membuktikan wanita pun tak lepaskan peluang kalau nampak lelaki hot. Jangan marah yee.. Gurau-gurau hari cuti ni.

Lelaki & Wanita Perbezaannya

Pepagi dah login Fb, terus baca dan cek update apa yang baru. Mana lah tahu kalau add orang add ke comment. Fb dah macam benda yang penting bagi sesetengah daripada kita. Macam buka diari harian. Mana tak nya, pergi makan ke minum ke, hang out ke, semualah sewaktu dengannya, termasuk tempat-tempat rahsia pon nak bagi tahu. Biarlah , bukan berbayar pun ye tak ? Suka hati pemilik fb sendiri. Kadang-kadang yang menyakitkan hati pun ada juga. Apa boleh buat dah memang laman sisial begitu. Aku kadang-kadang buat gak, bengang sangat pasal kerja ke apa. Buat jugakk.. layan jerr !!
 

Yang best dari fb ;

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Untuk Info kita semua ;

 '' As salamu'alaikum. 
Selamat menyambut hari Malaysia. Moga hidayah Allah sentiasa bimbing kita. 
Tip SKS 3: Fahami beza antara lelaki & wanita.
1. Wanita lebih sensitif & penyayang berbanding lelaki, 
2. Wanita hati di mulut & suka bercakap & lelaki mulut di        hati    & suka pendam, 
3. Lelaki byk guna logik, wanita guna emosi & k syg, 
4. Wanita lebih sensitif & rajuk lebih lama, 
5.  Jaga hati wanita dgn pamer k syg, hati lelaki dgn puji, terima pandangan, beri sokongan, hargai bantuan, 
6. Wanita suka bual & kongsi rahsia, 
7. Lelaki lebih tega, 8. Wanita mengalah tanda syg,
9. Lelaki sukar mohon maaf tapi mdh maafkan, 
10. Wanita suka bila lelaki pamer cemburu, 
11. Wanita mudah beri khidmat & lelaki kena belajar utk mdh beri khidmat, 
12. Wanita mudah pamer syg, lelaki agak sukar, 
13. Wanita suka cakap secara detail, lelaki cakap perkara pokok saja, 
14. Wanita cakap utk lepas tension, lelaki utk kongsi maklumat atau utk impress, 
15. Lelaki spt makhluk 2 alam, ubah perangai ikut keadaan, wanita lebih konsisten. Byk lagi faktor, tapi ini sbg asas utk kenal perbezaan.
Senarai ni sbg panduan, tak semestinya benar utk semua org. Wassalam. ''

Ahad, 16 September 2012

Just For Info : Gaji & Elaun Tuan2 Besar


Salam Sejahtera.. Hari ni Cuti, baek kita tengok info sikit tentang gaji & elaun Pembesar kita. Mungkin ada betul dan salahnya yang saya dapat ni yerr.. 

So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni.. 

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)