nuffnang ads

Sabtu, 20 April 2013

pru-13 penamaan calon

Assalammualaikum salam sejahtera, harapan semuanya sihat belaka.
Lama tak bercerita dan mencoret disini.

Baik, cerita pasal PRU-13 ni, teringat kembali mungkin dalam masa lebih 10 tahun yang lepas, budak lagi, hingusanlah katakan. Aku dan geng "silat" ni dijemput untuk mengiring calon untuk hari penamaan calon di tempat aku. Masa tu aktif lagi ''main buku lima", bukan gaduh tapi 'practice' orang putih cakap.

Lengkap berbaju silat dan tenggolok di kepala. Ala-ala Hang Tuah gitew. Tapi masa tu pun belum tahu lagi kenapa, why, bagaimana, how dan sewaktu dengannya pasal mengundi atau penamaan calon ni.

Umur sekarang nak cecah 30 baru faham kenapa. Saja nak di jadikan cerita, ingatkan ada penjahat ke apa, sebab kita ni ada la seni-seni sikit. Tapi polis pun ada masa tu. Rasa takut juga kot-kot ada pergaduhan dengan calon pembangkang pada masa itu. 

Tadi aku tersenyum sendiri bila teringat kembali pasal PRU ni. Tak ada yang menarik sebenarnya yang nak diceritakan, cuma terkenang kembali saat-saat zaman 90-an dan millennium gitew.

Baik,
 Jom mengundi.. tak kira apa undian anda untuk parti apa, yang penting undi tu hak kita rakyat.
In sha Allah tahun ni mengundi, harap tak ada halangan sihat walafiat balikkk kampunggg..


UNDILAH...bla bla bla bla.... hihihihi. jangan marahhh.. 

Selasa, 16 April 2013

Info Terkini = Rokok Karen/Elektrik

KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?

VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi 
 kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

Sekadar berkongsi, terpulang kepada kita sendiri.

Jumaat, 12 April 2013

Lots of sex for a longer life ( percaya atau tidak ?, jom try test )

An active sex life is the key to longer life for men, but only if you are faithful to their partners, as new study says.

Research conducted by the Italian Society for Sexual Medicine has shown that an active sex life means less cardiovascular problems for men. "What is clear from this study is that men with active sex lives, which are faithful to their partners, have less cardiovascular problems and long-lasting life, " says research director Emmanuele Jannini for Telegraph.

Increased sexual activity produces more testosterone, which leads to reduced depression and improved cardiovascular system, and thus a better metabolism, "says Jannini. The study showed that those who are unfaithful have troublesome cardiovascular system because they are exposed to a lot of stress.

Increasing levels of testosterone during sex for men is very beneficial because it helps burning excess of sugar and reduces the risk of heart diseases. Active sexual life helps to avoid the problems with the prostate as well.


Nak tahu ? try la test la cuba la..
Selamat mencuba..
Yang Halal yee...
kah kah kah..

Rabu, 10 April 2013

Apa harus anda buat bila tertekan, dilanda musibahah atau difitnah?

1. Muhasabah diri.

Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.

2. Banyakkan solat sunat.

Mengerjakan solat sunat seperti solat dhuha, sunat taubat, witir, tahajjud dan solat hajat. Sesungguhnya kita akan melupakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi apabila masa kita diisi dengan solat sunat selain daripada solat yang wajib.

3. Membaca Al-Quran.

Membaca al-Quran dan apatah lagi dengan memahami maknanya adalah rawatan kepada pelbagai permasalahan. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.

4. Bersangka baik kepada Allah.

Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

5. Banyak bertaubat dan istighfar.

Ambil peluang dengan bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ingatlah segala kejahatan kita kepada orang lain dan lupakanlah segala kebaikan kita kepada orang lain.

6. Berzikir.

Abu Hurairah r.hu berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa.

(Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Semoga semuanya tenang dan semakin dekat dengan Allah

Dr Zainur Rashid Zainuddin

via http://bit.ly/cintaselepasnikah

Your Comment/ Komen Anda