nuffnang ads

Sabtu, 31 Disember 2016

Tazkirah 31 Disember 2016

*....KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR....*
-
_Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya._

*PEMUDA:* _Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?_

*PAK IMAM:* _Boleh!!! dengan izin Allah._

*PEMUDA:* _Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya._

*PAK IMAM:* _Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!_

*PEMUDA:* _Saya ada 3 soalan;_
_1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?_
_2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?_
_3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???_

*PANGGGGGGGGG !!!*
_Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu._

*PEMUDA:* _Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?_

*PAK IMAM:* _Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!_

*PEMUDA:* _Saya tak paham !!!_

*PAK IMAM:* _Macamana rasa penampaq saya?_

*PEMUDA:* _Sakit laa Tok Imam !!!_

*PAK IMAM:* _Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!_

*PEMUDA:* _Ya !!!_

*PAK IMAM:* _Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia_.

*PEMUDA:* _Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!_

*PAK IMAM:* _Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok._

_Permuda terpegun jawapan Pak Imam._

*PAK IMAM:* _Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )_

*PAK IMAM:* _Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( masih tercengang2 )_

*PAK IMAM:* _Tu lah namanya TAKDIR,,!_

_Pemuda sombong itu terdiam._

*PAK IMAM:* _Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daginggg !!!_

,*PAK IMAM:* _Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daging...!!!????_

*PAK IMAM:* _Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?_

*PEMUDA:* _Sakit dan pedih berdesing...!!!?_

*PAK IMAM:* _Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!_

*PEMUDA:* *Allahuakbar !!!*

*Pak imam* *meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.*

*Semoga bermanfaat.*

Jumaat, 30 Disember 2016

Slap aka Penampar

*....KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR....*
-
_Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya._

*PEMUDA:* _Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?_

*PAK IMAM:* _Boleh!!! dengan izin Allah._

*PEMUDA:* _Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya._

*PAK IMAM:* _Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!_

*PEMUDA:* _Saya ada 3 soalan;_
_1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?_
_2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?_
_3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???_

*PANGGGGGGGGG !!!*
_Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu._

*PEMUDA:* _Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?_

*PAK IMAM:* _Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!_

*PEMUDA:* _Saya tak paham !!!_

*PAK IMAM:* _Macamana rasa penampaq saya?_

*PEMUDA:* _Sakit laa Tok Imam !!!_

*PAK IMAM:* _Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!_

*PEMUDA:* _Ya !!!_

*PAK IMAM:* _Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia_.

*PEMUDA:* _Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!_

*PAK IMAM:* _Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok._

_Permuda terpegun jawapan Pak Imam._

*PAK IMAM:* _Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )_

*PAK IMAM:* _Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( masih tercengang2 )_

*PAK IMAM:* _Tu lah namanya TAKDIR,,!_

_Pemuda sombong itu terdiam._

*PAK IMAM:* _Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daginggg !!!_

,*PAK IMAM:* _Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daging...!!!????_

*PAK IMAM:* _Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?_

*PEMUDA:* _Sakit dan pedih berdesing...!!!?_

*PAK IMAM:* _Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!_

*PEMUDA:* *Allahuakbar !!!*

*Pak imam* *meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.*

*Semoga bermanfaat.*

Ahad, 25 Disember 2016

Selamat Hari Natal


Salam & Hi Semuanya, Wishing you & your families Merry Christmas ! Enjoy your holiday ! For those were working, keep save & safe !

Isnin, 12 Disember 2016

Salam Maulidur Rasul

Didoakan semoga :

● Dipanjangkan umur
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Semoga semangat silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya. *Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aamiin*

Ahad, 11 Disember 2016

Gambar Baju & Dalam Rumah

Daripada ‘Aisyah R.a dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah Saw melihat ia,Baginda Saw berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata, Pembuat gambar ini akan di azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318) Daripada Abu Talha R.a , “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar yg berupa dari makhluk bernyawa .” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448) “Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “kami dari golongan Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yg di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450) ‘Aisyah R.a menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami(Malaikat) tidak masuk rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246) Daripada Ibnu ‘Abbas R.a, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim A.s dan Mariam A.s.. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (Nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570) Daripada Ibnu ‘Abbas R.a, “Abu Talha R.a, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,” Malaikat tidak masuk rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar"..Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338) Daripada Aisyah R.a, Nabi Saw menyatakan: Malaikat(pembawa Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yg di dalamnya terdapat gambar.(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318) dan ada juga kalau Tn Haji pernah terbaca ada satu tulisan mengatakan Ustaz azhar idrus sndiri pernah mnjawab: Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga. Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah. Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 ) dan juga kalau Tn haji lihat dalam Kitab Taklim bhgian Fadhilat Ramadhan ada Hazrat Syeikhul Hadith Maulana Zakakariya rah hurai sikit bab larangan ini.. Waulohu a'lam wa elmuhu atam... semoga ALLAH merahmati kita semua dan mnjadikan kita semua asbab hidayat sampai hari kiamat...amin...

Jumaat, 9 Disember 2016

DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !


Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih : money
Org arab : fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga *"BOLEH"* mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa *mengejar* dan *mengidolakan* aku.

Banyak orang berubah *keperibadiannya* kerana aku,­­­­ Ada yang *mengkhianati* temannya, Ada yang sanggup *menjual* tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan *imannya*, demi mengejar aku. *Hebat* kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang *soleh & jahat,* Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan *darjat*, menentukan *kaya* atau *miskin* & rasa *dihormati* atau *terhina.*

Aku bukan *iblis*, tapi orang selalu melakukan perkara yg *keji* demi mengejar aku.

Aku juga bukan org *ketiga,* tapi banyak suami isteri *bercerai* gara2 mengejar aku, adik beradik *bergaduh* dan saling *membenci* kerana aku. Anak dan orang tuanya *berselisih faham* gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan *Allah,* Tetapi manusia sanggup *menyembah* aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih *menghormati* aku,
Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi *hamba DUIT.*

Aku tidak pernah *mengorbankan* diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup *mati* demi aku.

Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi *resit* ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk *memanjangkan umur* kamu.

Kalau *suatu hari* nnt kamu dijemput oleh *Allah swt*, aku tak boleh *menemani* kamu. Apalagi utk menjadi *penebus* dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt *sendirian* tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, *ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN* aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya *MENJADIKAN* aku sebagai Tuhan ?

INI *AMANAT* AKHIRKU :

Aku *"TIDAK ADA DI SYURGA",*
Jadi jangan cari aku disana.

*CADANGAN* AKU :

1. Jangan terlalu *sayang* dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr *Zakat, Infakkan* aku selalu, *Sedekah* aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih *"BAROKAH"* di dunia dan akhirat.

_ Imbangi Antara Pemburuan *Dunia Dan Akhirat* _


*SHARING IS CARING*

Salam Jumaat


.. MARAH .. Jauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri! .. Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah, .. Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah. .. SABAR .. Sabar dengan keluarga adalah Kasih .. Sabar dengan orang lain adalah Hormat .. Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Tuhan ialah Iman. .. BERFIKIR .. Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan .. Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut... .. Hadapi kehidupan ini dengan senyuman😊, Ia akan membawa Kebahagiaan💝 .. Setiap ujian yg getir dalam kehidupan kita di harapkan akan memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri kita. Emas tulen di uji dgn api🔸🔥, kita manusia👬👭 di uji dgn setiap Masalah. .. Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan. .. Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya. .. Sesuatu yang CANTIK itu x semuanya baik, akan ttpi sesuatu yg BAIK itu selalunya CANTIK. .. Adakah anda tahu mengapa Tuhan menciptakan ruang antara✋🏻🖖🏻 jari? .. Supaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang2 itu dgn memegang👬👭 tangan anda utk selama-lamanya. .. KEBAHAGIAAN menjadikan kita Manis.. KEMANISAN akan membawa Kebahagiaan. Kongsikanlah bersama mereka yg TERBAIK dlm kehidupan kita😊🙏🏻

Ahad, 4 Disember 2016

Kerinduan

Salam & Hi!

Rindu pula dengan anak-anak. Balik kampung seronok sangatlah mereka tu.

Nak hubungi pun tak dapat sebab "no coverage" istilah orang putih.

Ustaz cakap, letak tangan kanan di dada lepas tu baca Al-Fatihah.

Amin.

Khamis, 17 November 2016

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI

Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Selasa, 15 November 2016

Petua Murah Rezeki

⁠⁠⁠Petua Murah Rezeki ✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang.. .................................... ✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin. .................................... ✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan. .................................... ✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. .................................... ✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2). .................................... ✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah). .................................. ✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya. .................................. ✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus. .................................... ✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah. .................................... ✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu. .................................... ✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia... .................................... ✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya. Selamat bersedekah.. Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..Renung2kan & Selamat Beramal

Ahad, 13 November 2016

Happy Sunday !


Salam & Hi ! Ari ni Ahad 13 November 2016, semua tahu la kan. Saja ja untuk entry hari ni.. Hari ni try masak ayam lemon. Malam tadi dah perap dengan garam, aji no moto (la sangat) Pagi tadi masuk microwave, tambah serai 2 batang. Masak dalam 30 ke 40 minit. Tengok hasil dia.. kalau nak cuba silalah.. senang saja. Dah siap rasanya boleh tahan, off course rasa lemon. Tapi sedap bagi aku lah. Kuah boleh makan dengan nasi panas. Kalau dah cuba boleh la comment di ruang entry ni. Selamat Mencuba.. #rindubudak2..

Sabtu, 12 November 2016

S. Murad

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah! 

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada *membawa fitnah, menuduh fitnah, Dan menyebarkan fitnah*...moga Allah meredhai hidup kita semua. 

Aamiin Allahumma Aamiin..

Salam Kembali

Salam Semuanya ; Dah lama tak memblog.. Baru lgoin balik sejak sekian lama di tinggalkan.. Bukan apa.. sibuk hal keduniaan & kehidupan.. Sudah tahu yang lebih baik adalah hal di sana nanti.. Allahualam.. Tak tahu nak buat entri apa.. Sja borak-borak kosong.. Pernah nak belajar memblog dengan lebih baik tapi alankah tak kesampaian.. Belum ada rezeki rasanya.. Terus hidup & beramal sepertimana yang di perintahkan saja.. Semoga kalian yang terbaca dirahmati, di murahkan rezeki dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan.. #rinduanak

Your Comment/ Komen Anda