nuffnang ads

Khamis, 31 Mac 2011

Mana satu power kita? Minat atau Duit??

Dari kiri ; yong, aku, larry, ijan, aduen, lo wei pheng. Rakan seangkatan bala tentera.


Motivasi kerja akan timbul dengan lebih kuat, lebih lama apabila kita tahu SEBAB untuk kita bekerja.

Tanya diri kita sendiri dengan soalan-soalan ini:
1. untuk apa bekerja?
2. untuk apa kita bekerja dalam jawatan yang kita pilih sekarang ini?
3. kenapa kita pilih jawatan itu dan bukannya jawatan lain?


Apabila kita dapati kita bekerja untuk duit, kita bekerja dalam jawatan sekarang ni sebab kita nak banyak duit, kita pilih jawatan tu sebab kita rasa kita boleh buat dengan cukup baik serta kerja tu sesuai ngan kita, maka itulah faktor pencetus motivasi kita – duit.

Ada orang tak serasi ngan kerja sekarang ni tapi dapat bertahan lama bertahun-tahun lamanya sebab satu – DUIT. Kerana duit, dia menempuh segala kesibukan, segala tekanan, segala permasalahan hanya untuk menerima gaji tetap di hujung bulan.

Kita perlu berterus terang dengan diri sendiri. 

Andai kata kita rasa selesa menjadikan duit menjadi sumber motivasi kerja kita, maka pilihlah duit sebagai pencetus motivasi kerja kita dan pandanglah ia dari sudut positif supaya kita bersemangat sentisa.

Kapasiti kerja setiap orang berbeza-beza, begitu juga bakat, kerajinan dan kesanggupan. Kita perlu jujur pada diri sendiri, usah menipu-menipu atau menidakkan semata-mata didorong oleh ego kita.

Andai kata kita minat kerja sekarang ni sebab minat dengan proses kerjanya, maka katakanlah begitu. Katakan saja minat adalah pencetus motivasi kerja kita, bukan duit dari kerja tu. Maknanya, semakin banyak tugasan yang kita buat, semakin minat kita dengan kerja, duit bukan persoalannya.

Bila kita dah semakin jujur pada diri sendiri, kita akan perasan yang kita akan jadi makin bersemangat dari sehari ke sehari.

Inilah yang dikatakan minat sebagai pencetus motivasi kerja. Walaupun duit penting, tapi duit tak mempengaruhi kita.

Muhasabah diri kita hari ini juga.

Mana satu yang lebih power sebagai pencetus motivasi kita – minat..atau.. duit?

Kena jujur pada diri sendiri sebab bila kita dah tahu faktor motivasi sebenar kita, akan jadi makin bersemangat jadinya.

SUMBER DARI ; iMotivasi

Taman Awam, Miri, Sarawak.

Your Comment/ Komen Anda