nuffnang ads

Selasa, 22 Mac 2011

Selasa-Hidup Ini Membantu Anda Jadi Orang Berjaya

Diamond Night di MIECC, Kuala Lumpur

Tepat 10pagi dah bermula kerja,
Tapi Sebelum tu baca ni...........


Takutkah Anda apabila Anda disisihkan  sebab impian Anda berlainan dengan impian orang lain?
Takut sebegini memang ada, sebab Anda akan merasa takut kehilangan kawan dan orang-orang yang rapat dengan Anda.

Anda takut dikritik, Anda takut dikata ‘ngko ni gila’.

Apabila Anda mahu jadi orang berjaya, hidup ini akan menemukan Anda dengan orang-orang yang boleh membantu Anda mencapai kejayaan diimpikan.

Kesannya, Anda akan dijauhkan dari orang-orang yang menghalang Anda daripada mencapai impian Anda, walaupun orang itu cukup rapat dengan Anda.

Setiap orang adalah berlainan. Mungkin ada yang serupa tapi takkan pernah jadi sama.
Oleh sebab itu, kemahuan serta impian Anda akan jadi berlainan dengan orang lain walaupun nampak sama. Apa yang Anda mahu capai akan jadi berlainan dnegan orang lain, walaupun sekilas pandang nampak serupa.
Jangan takut memberitahu apa yang Anda nak capai dalam hidup, katakannya pada orang yang Anda percaya. Beritahu dengan penuh bersemangat.

Apabila Anda selalu berfikiran positif, fikiran Anda akan menemukan Anda dengan orang-orang positif serupa dengan Anda. Orang-orang berfikiran negatif akan jadi menjauh daripada Anda, walaupun dia keluarga Anda sendiri.

Ingat, ini adalah kesan hukum sebab dan akibat (cause and effect).
Anda fikir positif, Anda akan ditemukan dengan orang-orang positif, situasi-situasi positif dan perkara-perkara positif. Semua tu akan membuat Anda semakin dengan apa yang Anda mahu capai, selagi Anda berfikiran positif.

Seminar Usahawan 2010


Untuk berjaya dalam hidup, keBERANIan dan kekuatan emosi kena di bina.
perjalanan melalui kawasan pembalakan & jalan turun naik bukit yang curam, kena berani!!

Your Comment/ Komen Anda