nuffnang ads

Ahad, 20 Mac 2011

Jumaat, Sabtu, Ahad..

Jumaat

Saja nak tunjuk... jarang dapat walaupun kerja gomen sendiri, tapi ada orang tak syukur bila dah di kasi M.C ni..huahuah



TAk sihat sangat sampai kena M.C (medical certificate ). Dah lama aku tak kena demam ni. Sklai skala huh ! sakit beb. Pengsan telan ubat, bukan tak jaga kesihatan, kerja tempat yang banyak pembawa penyakit. Lagi pun sekarang musim orang batuk dan selsema. Orang cakap kerja kesihatan ni tak pandai sakit?? siapa cakap? Ingat orang kerja kesihatan ada power sendiri ke? Pernah orang cakap kat aku 
'' ala kau kerja doktor mana pandai sakit?'';
'' ala doktor mana boleh sakit?" ;
'' doktor pun sakit?'' ;
Dan macam- macam lagi lah....
Malas nak layan. Orang ingat aku ni badang? Hang Tuah? aku ingat Hang Tuah pon sakit, kalau tak sakit memang BERTUAH la tu!! Macam kita bawak kereta juga, kita hati-hati tapi orang lain tak hati-hati. Atau kita drive 60km/j orang sebelah drive 120km/j. Nak salahkan siapa??
        Sama juga dengan kesihatan ni, ala macam kerja aku, Tuhan nak uji kesabaran tuh sebenarnya. Macam meniaga juga, kejap naik saham, kejap turun, macam roda ( perumpamaan dahulu kala, hehehe ) kejap di atas, kejap di bawah. KONSISTEN tu yang perlu. Bukan macam hangat-hangat tahi ayam.heeeee.. kena bersedia, dalam keadaan " TIP TOP "

Sabtu
Semalaman terlena selepas makan ubat, sakit dada sebab batuk, susah nafas sebab banyak mucus @ sputum , badan sejuk-sejuk tapi panas sebenarnya. Paling best minum air Fir Nano Beautifull Bio Aura dengan konsep DNI ( Detofikasi, Neutralisasi, Imunisasi ) ;

DETOFIKASI ( MEMBERSIH ) bermaksud proses membuang, membersih, mencuci dan sewaktu dengannya terhadap bahan buangan, toksin, segala kekotoran dalaman secara menyeluruh supaya penyerapan nutrien boleh berlaku dengan lebih baik, efektif, sempurna.

NEUTRALISASI ( MENYELARAS ) bermaksud untuk menjadi normal, kalau tengok dari maksud pun dah tahu kan " NEUTRAL " maksud nya NORMAL la kan?? Atau maksud lain keadaan penyelarasan supaya organ-organ dibekalkan dengan nutrien yang seimbang dan berada dalam keadaan asal,sempurna,bak kata orang ' ori ' ori.. original.. tulen, .. tak paham buka khamus..heehehehe. jangan marah... gurau!!

IMUNISASI ( MENGUATKAN ) bermaksud menjadi pertahanan, kalau tengok dari maksud '' imunisasi ' sistem pertahanan badan, menjadi lebih kuat la..Kalau yang tahu pasal kesihatan lebih faham kot. Atau lebih senang kita bagi macam ni ; mengukuhkan organ dengan daya ketahanan supaya dapat mengelak, menghindar masalah organ sambil memberi tenaga tambahan.

HAaaa.. kalau tak da benda-benda ni susah. Ketiga-tiga fungi ni mesti ada untuk proses penyembuhan..

Beautiful Bio Aura FIR NANO

2pm Bengkel C.T.S ( CDM Ash )
Petang ni attend Bengkel C.T.S khas untuk pelajar Akademi Taipan Cawangan Miri. Rugi tak datang.
Bimbingan khas bagi yang minat, percuma tak bayar, orang jauh sanggup datang kerna nak dapat kan ilmu percuma.

Antara yang hadir, kalau berbayar mungkin nak fikir juga kot. Manfaatkan ilmu kerna orang datang dari jauh nak kongsikan ilmu. Hope Sumbangan Ilmu yang dikongsikan di berkati Tuhan, Amin.



 Kesian Mentor, nasib tak kena tinggal , tu lah borak- borak sampai tak sedar jam.heeee Tak apa, ada masa kita borak panjang..

Ahad
 Rasa tak berapa nak sihat sangat.. Tapi kena lawan sikit tahap kesakitan tu. Hari ni buang boring jalan-jalan kejap..

Pilih sayur yang segar-segar, tapi kena purikasi dulu.. lagi sihat dan segar!!
Proses Purikasi sayur-sayuran, mana lerr tau ada bahan tak sihat. Kalau tengok nampak segar.. Biasa la peniaga nak laku!!




Ada lagi yang tak tahu pasai ni kah? Harga ayam dah naik? mesti bahan pengawet kena tambah banyak supaya bekalan ayam mencukupi.. Haaa ni la kesan  Tsunami Jipun bukan Jepun... heeeeeee kena buat sesuatu. Kalau harga ayam dah naik, entah apa lagi barang yang akan dinaikkan.. Takut-takut sayap ayam panggang, buntut panggang naik...

Sama-sama kita fikirkan..

Your Comment/ Komen Anda