nuffnang ads

Isnin, 7 Mac 2011

Hari Ahad, Hari Minggu, Hujung Minggu.. Masuk Hari Isnin..

Dulu hujung minggu kat stesen lama xtau nak buat apa. Tak da hiburan, letrik pun jarang buka sampai tengah malam.. huhuhu. Last-last tidur awal, bangun pun awal..hehehe .. Semangat, awal pagi bangun lepas sembahyang terus kemas tu kemas ni. Kalau tak bangun awal, nasib la dapat nak sidai baju awal. Tempat penyidai kureng banyak. Tu la pasal kena awal. Kalau tak... hehe nak jemur atas pokok??

Ni la tempat sidai tu.. hehe
Manusia banyak tp tempat jemuran tu kureng..hahaha
Gamba ni ntah bila aku ambik..

Tapi kalau di fikirkan balik best jugak kat tempat macam ni.
Bebas hutang, bebas cukai, bebas asap, bebas boros, bebas buang duit.. bebas apa-apa la..

Sekarang dah pindah ke bandar;
semuanya kena guna kos sara hidup yang tinggi.
Mengharap gaji memang kehidupan yang biasa sahaja,
Nak juga pakai baju lawa-lawa, seluar Levi's 501,
Nak juga henpon canggih, bukan nak bermegah, tapi isi hawa nafsu sendiri. Bukan salah diri sendiri, salah 'orang-orang' yang buat barang2 yang canggih, bergaya dan sewaktu dengannya lah..



Tempat biasa jaimm kat ulu.. terjun ni bro.. layannn..
Zaman sekarang ni,hmmmm macam2 ada, serba canggih, serba moden... Lambat sikit dah ketinggalan, orang dah maju kita masih lagi di takuk yang lama. Orang dah naik Toyota Alphard, aku masih perodua kancil.

Bukan tak mahu maju, action yang lambat. Kena ketuk sikit mula la macam murai, orang ajak buat ni buat tu tak nak. Suka makan gaji, hidup pun gini-gini, nak hidup yang gitu-gitu, kena ada action yang gitu-gitu..
Sungai Kelamei di Long San Baram, Miri, Sarawak.

Ni la dapur aku, nampak ada periuk karan, tp siang jer dapat masak. Kena masak banyak sekali lerr.
ayam + sos tiram + bawang + serai
Nak makan tiap bulan kena tahan nafsu..


Ni pun sebulan sekali baru dapat buat, ayam mahell...
 Ni la realiti kehidupan.. nak tak nak kena buat dan terus berusaha...
Nak tak nak kena fikirkan sesuatu...
Kena usahakan sesuatu....

Your Comment/ Komen Anda