nuffnang ads

Selasa, 10 Januari 2012

Sanggupkah Kita ??

                                            Artikel pilihan: Sanggupkah anda?
                                                               Oleh: Irfan Khairi
Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.
Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari? Sertai Facebook saya untuk melihat gambar rumah Jackie Chan yang saya ambil ketika melawat Australia ;) http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.
Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya "Anything else was secondary and an unnecessary distraction"
Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Baru pagi tadi berita menyampaikan Dato Nicole memenangi satu lagi kejohanan! Tetapi, tahukah anda dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari?
Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.
 
Persoalannya, sanggupkah anda melakukan pengorbanan untuk mencapai apa sahaja matlamat anda? ;) -ik
 
 
 
 
Yakin boleh... yakin aje boleh tp tak buat.. hehe
 
                                              selamat beramall...

Your Comment/ Komen Anda