nuffnang ads

Selasa, 3 Januari 2012

Abang Abu.. Mentor Jutawan..

Perkongsian Tahun 2012..


IK: Boleh tak Abang Abu kongsikan kisah tragis yang berlaku ke atas Abang Abu.

Abang Abu:
Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1994, ketika saya berumur 22 tahun. Saya adalah anak sulung dan saya mempunyai 4 orang adik. Adik saya yang ketiga ketika itu berumur 17 tahun. Beliau telah mendapat tempat di USM. Waktu itu saya hendak menghantar adik saya. Masa itu saya memandu bersama ibu dan ayah saya. Dan waktu itu dari Johor Baru ke Penang.

Kira-kira 2 pagi, sesuatu yang saya tak nak terjadi. Kereta yang saya pandu itu terlanggar divider di Sungai Bakap. Ibu bapa saya terpelanting keluar dari kereta. Bapa saya meninggal dunia pada waktu itu dan ibu saya setelah hampir 4 bulan kemudian pula meninggal dunia. Sebelum itu saya juga dalam keadaan koma selama beberapa hari. Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah putus harapan termasuk juga doktor.

Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu. Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu.

IK: Tapi yang menariknya Abang Abu, bangun dan menjadi usahawan yang berjaya.

Apa yang dapat saya rasakan pada waktu itu adalah, keluarga saya sekarang bergantung pada saya. Dan ketika saya terbaring di hospital itu, ketika mereka datang melawat saya, saya terdengar orang bercakap

'Kesian Abu, maknya nak meninggal, bapanya dah meninggal, dia juga nak meninggal'.

Pada waktu itu, saya sedar tetapi mata saya tidak boleh buka dan saya hanya boleh dengar.

Tetapi yang aneh saya rasa dalam hati saya, saya selalu berkata;

'Tidak, kenapa saya akan mati, I'm OK, I'm alright'.

Ini yang menguatkan saya ketika itu. Saya ada 4 orang adik waktu itu. Yang kecil sekali 7 tahun waktu itu, kemudian 11 tahun, kemudian 17 tahun dan 19 tahun. Semuanya jatuh tanggungjawab ke atas diri saya pada waktu itu. Saya berada di hospital pada waktu itu selama 3 bulan di mana badan saya dibalut dengan bandage.

Bila saya boleh balik ke rumah, ibu saya bertanya 'Mana Bapak?' kerana kisah bapa saya meninggal beliau tidak tahu.

Jadi dari situ, ibu saya sudah mula berputus asa. Dan kira-kira 10 hari selepas saya pulang itu, ibu saya pula meninggal dunia. Jadi dari situlah kisah betul-betul menyayatkan hati saya bila mak saya berada dalam pegangan saya.

Saya kata 'Mak tak boleh pergi mak, adik beradik ni ramai.'

Ibu saya hanya menunjukkan ke arah saya. Saya pun menangis waktu itu, masih mudakan, 22 tahun. Saya cakap 'Tak apalah mak, adik semua saya boleh jaga, tapi saya ini siapa nak jaga?'

Mak saya hanya menunjuk ke arah atas.

Dan dari situlah semangat saya untuk bangkit kembali.




Sumber ; Irfan Khairi, Rahsia Internet.com

Your Comment/ Komen Anda