nuffnang ads

Rabu, 18 Januari 2012

apa komen,komplen & kritik diri ??

As salam..
salam sahabat blog
salam sahabat rakan kongsi
makcik pakcik, abang, kakak, adik.....

Nak kongsi ;
kritik diri untuk sekuat besi, bukan kritik diri untuk jadi sepi dan berasa mati,
Itu prinsip muhasabah.
Muhasabah bererti semakin mendalam dalam diri semakin berasa perlu tumbuh untuk menjadi,
Bukan semakin pergi mendalam ke hati semakin rasa ingin mati.
Apa punya kalut ?


Kita memang perlu kritik diri, sebelum orang kritik kita.
Kalau orang kritik memang kita akan rasa sakit hati sangat.
Kalau kita sendiri kritik kita akan tersenyum sendiri, gelak tawa dan mungkin golek oleh kerana lucu sangat.
Lepas tu kita ubahlah apa-apa yang tak okey.

Macam mana nak kritik??? hahah
Kenalah profesional sikit. Jangan main fikir-fikir or ingat-ingat kat kepala,- tulis ler, kot-kot terlupa balik.
Tuliskan 10 perkara yang kita rasa tak okey sangat tentang diri sendiri, baru boleh kita tahu apa yang nak di perbaiki..

Kritik diri ni penting juga, tapi jangan sampai lumpuh minda dibuatnya. Ala macam biasa kita kritik si anu dalam meeting or what so ever..
Mentang-mentang la kita ni kuli, suka hati dia saja nak kritik..
Ingat, makin banyak kita kritik orang, makin banyak pula kritikan yang akan mengenai diri.
Sebelum orang mengkritik kita yang tentunya sangat menyedihkan hati kita,
Kritik diri dulu, ubah diri dan jadi manusia baru..

Boleh tak?? alah... senang ja............


Your Comment/ Komen Anda