nuffnang ads

Rabu, 11 Januari 2012

Menjaga KEWANGAN dan MOTIVASI melalui pemakanan

Menjaga KEWANGAN dan MOTIVASI melalui pemakanan
Oleh: Irfan Khairi
Apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari diri kita sendiri. Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja akan menjaga kesihatan kita, malah, menjaga kesihatan juga menjadikan kita lebih bersemangat, bermotivasi di samping menjimatkan kewangan kita.
  1. Menjaga berat badan yang sihat - bergantung kepada jantina, umur, dan ketinggian, manusia mempunyai berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambahkan peluang mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan diabetes. Terkurang berat badan pula juga terdedah kepada osteoporosis, haid tidak teratur bagi wanita, dan masalah penyakit lain. Klik di sini untuk mengira berat badan ideal
  2. Makan dalam sukatan yang kecil - dengan memakan dalam sukatan yang lebih kecil, ianya lebih mudah untuk kita memakan makanan yang kita mahu, disamping menjaga kesihatan.Kevin Zahri menekani sukatan nasi terbaik untuk kita, jawapannya adalah, sekali makan, jumlah nasi terbaik adalah sebesar sebelah tangan kita yang digenggam (bukan dua belah!) ;)
  3. Tambahkan gandum, buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam diet anda- kumpulan makanan ini adalah kategori makanan yang sihat. Sekiranya diet harian anda tidak mengandungi kumpulan ini, pastikan anda menukarkannya.
Menjaga pemakanan adalah menjaga kesihatan, dan menjaga kesihatan adalah menjaga kewangan dan menambahkan semangat kita. Sekiranya kita rasa diri kita tidak bermotivasi dan sentiasa penat tidak bersemangat- lihat kembali menu pemakanan harian kita. Mungkin masalahnya di situ!

Your Comment/ Komen Anda