nuffnang ads

Jumaat, 2 Disember 2011

sekadar perkongsian

sekadar berkongsi ;

Orang yang mencapai kejayaan, dulu dia tak semua betul, ada saja perbuatannya yang salah, ada saja usahanya yang silap.

Tapi yang membuatkan diri jadi orang berjaya adalah kerana dia belajar perkara yang betul lepas tu dia buat. Sesetengah orang, dia belajar perkara yang betul, dia faham tapi dia tak buat. Hasilnya berbeza. Walaupun dia tahu perkara yang betul tapi yang ruginya dia tak buat, kesannya tak dapatlah hasil yang betul.

Gitu juga dengan perangai positif. Orang kita dah ramai tahu sikap positif tu cemana - perangai bagus, hati bagus, kata-katanya bagus, tapi sendiri tak buat, kekadang lupa. Bila kita bergaul dengan orang yang perangainya kurang positif, perangai kita pun akan jadi macam tu juga, berubah tanpa kita sedari.

Kita cepat terbiasa dan pada pandangan kita, perubahan itu normal sedangkan pada hakikatnya tidak.

Mulai hari ni, kita kena berubah ke arah kebagusan, kebagusan dalam ibadah, dalam kekeluargaan dan dalam perniagaan, bagi Anda yang bergelar usahawan. Ingatkan diri sendiri supaya berperangai bagus, terus berubah ke arah kebagusan walaupun sendiri dah mencapai tahap yang sememangnya bagus.

Baguskan lagi tahap yang dah sememangnya bagus. Kan ke dalam laungan azan tu 5 kali sehari, kita seru supaya menuju kejayaan lalu mengajak orang turut sama lain menuju kejayaan?

 Agama kita sendiri awal-awal dah mengajak kita supaya menuju kebagusan, kerana kebagusan menemukan kita dengan kejayaan-kejayaan.

Usah cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Gapai lagi pencapaian lebih tinggi, selagi termampu.

Percayalah kita ada potensi untuk sampai ke tahap itu. Apa yang minda kita percaya kita boleh buat, tubuh badan kita akan mengikut. Set dalam minda Anda mahu jadi orang rajin, maka itulah yang akan jadi.


selamat beramall...

Allahualamm.....


Wazien


Your Comment/ Komen Anda