nuffnang ads

Rabu, 14 Disember 2011

Mentor : Azizi Ali

Sedutan temubual Irfan Khairi bersama Azizi Ali

IK: Azizi ada satu lagi rahsia jutawan yang saya ada aplikasikan sekarang iaitu 'aliran pendapatan berganda'. Di mana dalam bahasa Englishnya adalah 'multiple streams of income'.

Apakah maksudnya dan bagaimanakah kita nak gabungkan 'after burner income' dan 'multiple streams of income'?



AA: Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagai contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.
**********

Ulasan jawapan Azizi Ali: Bukan lagi rahsia, anda cuma perlu lihat mana-mana jutawan, pastinya mereka mempunyai MSI "Multiple Source of Income". Ia adalah cara untuk menggandakan pendapatan anda dengan cepat. Seperti saya sendiri kini, memiliki perniagaan online, perniagaan offline, sewa hartanah, royalti buku, jemputan ceramah dan sebagainya.
 
SEKADAR PERKONGSIAN..
SUMBER; Rahsia Internet.com

Your Comment/ Komen Anda