nuffnang ads

Ahad, 18 Disember 2011

Sedikit Perkongsian

Sedikit ekstrak Irfan Khairi Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah

IK: Saya lihat perniagaan Dato' 'Excel Training & Consultancy' amat berjaya Alhamdulillah. Apa tips untuk jadikan perniagaan itu berjaya?

DDFK: Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita
jadi yang pioneer... (edited)

IK: Pada pendapat Dato', di Malaysia ini, ada tak banyak ruang untuk memulakan perniagaan yang baru (pioneer)?

DDFK: Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun. Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka
pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam... (edited)

**********

Ulasan jawapan DDFK: Saya ingin DDFK dedahkan apa yang membuat perniagaannya (motivator/trainer) berjaya sehingga beliau menjadi motivator #1 di Malaysia, dan secara telus DDFK menjawab, menjadi pioneer! Begitu juga dengan saya katanya.

Sememangnya menjadi pioneer, atau pertama dalam industri akan memberi pulangan yang lipat kali ganda kepada anda. Namun, soalan utamanya adalah, adakah lagi ruang untuk menjadi pioneer? Sudah tentu ada! Jawapannya adalah dengan mencari niche sendiri. 

Your Comment/ Komen Anda