nuffnang ads

Isnin, 12 Disember 2011

.Gagalll;..... FrustNya

Artikel pilihan: Gagal dalam perniagaan... FRUSTNYA!
Oleh: Irfan Khairi
falling.jpg
Mengapa kita jatuh?

Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih... siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?
  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal... atau perniagaan ke empat... ke lima... ke enam... dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti

  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana "takut". Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana... cuma dari pengalaman!

  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.


Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, "Why do we fall?", dan jawapan yang dia dapat adalah "Because we can learn to pick ourselves up again!"


  • So, don't worry. Be happy... tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

Your Comment/ Komen Anda