nuffnang ads

Khamis, 1 Disember 2011

dah masuk disember

salam perpaduan
salam berbahagia..
salam sejahtera..
dan segala macam salam..hehe

tak terasa hari dah masuk bulan terakhir 2011,
bulan Disember
cepat betul masa berlalu tanpa kita rasa..
waktu siang dan malamnya terasa sekejap..
dunia akhir zaman, ke aku yang terlebih tidur?? Allahualam..

sepanjang tahun ni apa yang kita dah capai baik dari segi perniagaan, pekerjaan, hubungan sesama manusia, perangai dan sikap kita, keluarga dan sebagainya..

percaya tak kalau kita sayang orang yang kita sayang semakin murah rezeki??
boleh cuba, rezeki tu bukan sahaja dalam bentuk duit. mungkin lain selain daripada duit. mana tahu, dapat kerja baru ke ?, dapat bini baru ke ? ehh salah..dapat rumah baru ke ? dan sebagainya..

jadi, dah masuk bulan terakhir ni kenalah banyak-banyak bersabar dan tingkatkan prestasi.
tak kira apa pun prestasi yang kita nak buat.

                     Hari ni mari bersama-sama memperbetulkan diri, mana tahu ada perangai kita di masa lalu yang tak betul lalu menimbulkan situasi yang kurang betul. Selama namanya kita manusia biasa, tak ada orang yang perangainya semua betul, mesti ada yang salah sikit-sikit, silap sikit-sikit. Jadi, dari kesilapan itulah kita belajar apa yang betul, lepas tu kita buat betul-betul.


                         Dalam keluarga, ada adik beradik kita yang perangainya betul dan ada yang perangainya kurang betul, maksudnya kurang bagus. Dalam diri kita sendiri ni pun, kekadang ada satu masa kita bagus, attitude kita bagus.

tak gitu??

Your Comment/ Komen Anda