nuffnang ads

Ahad, 18 Disember 2011

Dato Hussamuddin

Apabila menjalankan perniagaan, pada mulanya ramai yang bermula seorang diri (kecil-kecilan). Seperti Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf (penerbit majalah terbesar di Malaysia). Tetapi, apabila perniagaan berkembang, pastinya kita akan menambah juga pekerja untuk melancarkan lagi kerja dan menambahkan lagi keuntungan.

Perniagaan saya Irfan Khairi Sdn Bhd dikira perniagaan kecil-kecilan dengan hanya kurang dari 5 pekerja (ketika ini). Pada asalnya saya menjalankan perniagaan Internet seorang diri. Tetapi,
sering saya kagum dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai beratus... atau beribu pekerja! Jadi, soalan saya kepada Dato Hussamuddin dalam Mentor Jutawan  adalah berikut...
**********

IK: Apa success principle Dato'? Sebab saya pergi ke Karangkraf, memang sangat ramai pekerja dan bagaimana Dato' handle ramai pekerja?

Dato' Hussamuddin: OK, di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Sebab itu, 30 majalah dan 1 suratkhabar yang kami buat, sekarang kami buat trend baru, Sinar Harian Kelantan, Sinar Harian Terengganu, Sinar Harian Pahang, dan Sinar Harian Selangor. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

**********

Ulasan jawapan: Pastinya perniagaan anda juga satu hari nanti memerlukan pekerja, oleh itu, tip dan strategi Dato Hussamuddin adalah sangat-sangat berharga!

Saya juga pernah menyebut terdapat banyak tip-tip tersirat dalam jawapan mentor-mentor jutawan ini. Melihat jawapan di atas, anda nampak tak apa yang tersirat? Sekiranya tidak, saya akan sebutkan...

Perasan tak Dato Hussamuddin menggelarkan pekerja-pekerjanya "Karyawan". Walaupun saya menyebut "Pekerja". Ini menunjukkan tahap penghargaan Dato Hussamuddin kepada pekerja-pekerja/karyawannya. Next time bila anda baca semula Mentor Jutawan, baca perlahan-lahan
dan cuba dapatkan tip-tip tersirat mentor-mentor jutawan anda!

Teringat saya kepada Mr. Walt Disney (pengasas Walt Disney / Disneyland). Beliau menggelarkan pekerjanya sebagai "Cast members" dan bukan employee!

Your Comment/ Komen Anda