nuffnang ads

Khamis, 15 Disember 2011

MasterChef..

Sumber : RahsiaInternet.com
By; Irfan Khairi

Hari ini kita kongsi bersama sedikit preview dari temubual bersama Chef Li apabila saya bertanyakan mengenai idola. Bagi peminat buku-buku Chef Li, pasti tahu Chef Li sering tekankan kepentingan idola atau mentor!

Chef Li
: (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila
kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi
kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:

"dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah!"

Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:

"Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran"

Dia akan tanya "Berapa jualan engkau sekarang?"

"Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus"

Jawabnya pula
"Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh
saja".

**********

Ulasan jawapan Chef Li: Very straight to the point, kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan
semangat dan usaha kita.

Lebih baik kita yang lakukan pilihan untuk mendampingi mereka yang sering menyokong seperti kenalan-kenalan usahawan yang lain :)
 

selamat beramall...

Your Comment/ Komen Anda