nuffnang ads

Khamis, 15 Disember 2011

kisah semalam

Semalam pagi hari yang cerah , kiranya nak naik Honda turun kerja..
sekali sekala tukar selera. Hari-hari naik M5.
Dah comot oleh kerana musim hujan.

Macam biasa panaskan engin,
Lama tak start, sejuk agaknya..
Pagi-pagi turun kerja memang jaimmed
Naik Honda senang sikit, kecik

Tayat tak check, singgah petrol station kejap, top up angin..ngee..
ayaa.. tak masuk pulak hangin ni.. last-last terus kurang angin. hangin aku dibuatnya.
Ada sorang mamat kat sebelah aku yang ikut sama pam tayar tu tolong tengok aje..
Tukar pam yang lain pun sama gak, berpeluh aku dibuatnya..
Jam dah lewat ni, last-last jalan saja la.

Dalam ke'jaimmed'an tu ada orang hon dari belakang.
Tengok-tengok mamat tadi suruh berenti kat tepi.
Ingatkan apa, dia kasi pump basikal tuhh..
Wahh.. ada juga HambaAllah yang baik hati ni..
Nasib badann,, aku pam je la..
Haaa.. baru la steady bawakk laju..

sempat jugak berkenalan, tapi yang tak best nya lupa mintak phone number..

 '' keje mane ? ''
'' keje kontrak kat airport "
" ooo..''
'' aku dulu pun sama gak, pam-pam tak masuk angin ''
'' dia punya _ _ _ _ _ _ tu yang pendek, tu la tak masukk "
'' ooo ye ke? ''
'' terima kasih la bro ''

Smart gaya mamat ni.. kerja Immigration agaknya.. macam kenal baju tuh..
Kalau tak, hemm... basah ketiak aku.. Honda ni 2 tayar je, Honda Icon tu..haha
Last-last sampai gak aku kat tempat kerja..
Alhamdulilah...

Petang nya aku tengok steady lagi tayar tu..
Apa lagi... pecut la bro...

Tu la ada M5 tak nak naik.. nasib tak hujan.. kalau hujannn...



Pengajaran;
Ada gak orang baik hati macam tu.. harap banyak lagi la. Ada masa kita, ada masa orang. Allah saja yang tahu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang cakap jauh; perjalanan luas pemandangan. Orang cakap; kalau dah jauh berjalan, jangan lupa tempat asal, walaupun negeri China. Tak gitu???

Your Comment/ Komen Anda