nuffnang ads

Khamis, 21 April 2011

Petang-petang gini orang lain sibuk dengan jem & kaya. Aku masih dok termenung depan komputar ni. Tak kaya-kaya pon. Kena kutuk ada la, kena tukul ada la. Sampai bila kena kerja macam ni? Ada orang tahu aku kerja dan anda semua bekerja? Hujung bulan hanya dapat gaji yang sama sahaja. Balik-balik kerja yang bertambah. Balik-balik itu, balik-balik ini. Bunyi macam tak bersyukur kan? Tapi kena tahu jugak..

Kena tahu bagaimana orang barisan hadapan bekerja. Jangan dok arah-arah.  Tak paham aku.. Arah yang mana mahu di tuju? Arah yang hilang? Arah kejayaan? Arah Mengarah? heeeeeeee...

Biarlah apa-apa pun, asalkan jangan kacau periuk belanga aku. Asalkan aku tak buat makan duit haram udah la. Neraka menanti, istana menanti..heeee.. Baik aku buat yang halal daripada yang tak halal lagi salah. Kenapa orang macam aku ni yang selalu kena? Kalau salah yang besar-besar dan terbukti salah tak di ambik kehadapan? Hairan-hairan....

Tak apa lah tu, ujian-ujian. Sabar-sabar wahai aku..
Bukan orang lain juga yang berkhidmat nanti, aku juga. Salah sikit riuh sekampung.. Tak ada orang yang tak buat salah. Tapi tak boleh di bawa berbincang kah?? Mungkin bukan rezeki ku di sini.

Tak apa :
Tuhan Maha Kaya ;
Tuhan Maha Adil ; 
Tuhan Mengetahui.

Sama-sama merenung ;
Sama-sama beramal ; 
Sama-sama baiki diri.

Your Comment/ Komen Anda