nuffnang ads

Jumaat, 15 April 2011

Ibadah asas yang perlu dititikberatkan

Allah s.w.t berfirman ;


Maksudnya ;

 ''Hai orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingati Allah dan tinggalkan berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.''

( Surah al-Jumu'ah : 9 )

Sambunglah mencari rezeki selepas menunaikan solat seperti firman Allah s.w.t.;

Maksudnya ;

'' Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah lamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya ''

( Surah al-Jumu'ah : 10 )

Menjadi kewajipan  bagi seseorang usahawan Muslim untuk melaksanakan kewajipan membayar zakat perniagaan.

Allah s.w.t berfirman ;

Maksudnya ;

'' Dirikanlah solat dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan antara kebaikan untuk dirimu.. ''

( surah al-Baqarah; 110 )


Allah s.w.t berfirman ;

Maksudnya ;

'' Hai orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tidak ada jual beli, tidak ada persahabatan dan tidak ada pertolongan.. ''

( surah al-Baqarah ; 254 )


Selamat Beramal.........

Your Comment/ Komen Anda