nuffnang ads

Selasa, 19 April 2011

Bermula hari.

Apabila Allah datang memberi pertolongan dan kemenangan,
dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai.
 Maka, bertasbihlah memuji-Nya dan meminta ampun,
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
( An -Nasr : Ayat 1-3 )

Dah berapa hari tak update entri baru. Rasa-rasanya kesibukan kerja. Hari Sabtu lepas sibuk dengan orang mengundi. Aku tak pergi undi, tak ada berpeluang balik kampung. Bukan tak nak, kerja ni yang buat susah bergerak. Bukan tak dapat cuti, orang tak ada nak ganti aku kerja. Balik mengundi khabarnya boleh claim. Tak kisah lah boleh claim ke tak, yang penting dah dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Nak pilih pemerintah yang betul-betul  boleh memerintah. Jangan aku yang kerja sbagai orang bawahan kena perintah. heeeeeeeeee... dah kerja gomen, kena perintah lagi. Nak dengar pemerintah lagi. Apa-apa lah. Asalkan aku dapat gaji macam biasa.

Orang tua cakap kerja perintah @gomen ni terjamin. Betul memang terjamin. Betul ke? heeeeeeeeeee tanya la diri sendiri. Terjamin ke kalau kena perintah selalu? Puas tak kerja asyik-asyik di perintah. Bukan nak cakap '' Perintah @ gomen ''tak bagus. Kena faham dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Hah... buat la sampai kau rasa puas, ada orang tahu kau kerja macam mana>????? Tuhan saja yang tahu. Kau kerja jujur ke, main ular ke, datang tak cun jam ke, balik awal ke, berfb ke, apa-apa pun. Orang takkan tahu macam mana kau bekerja. Last-last kau dapat apa? Mengomel tahu.. buat tak tahu.. heeeeeeee..

Ni aku ajak buat benda elok kau tak nak, nak jugak cara cepat. Salah ke berniaga? Jijik ke berniaga? Orang pandang rendah taraf kau berniaga? huh kesian... kerja gomen, tapi jual barang. kesian.. kesian.. Ada orang lain yang tolong settle kan bil-bil, bayar petrol kau? Tengah-tengah bulan dah ranap, habesss... Rasa nya salah lagi kalau pinjam dari '' ah-long '', tilik nasib, jual benda-benda haram, tak tahu asal usulnya. Pinjam sana, pinjam sini.. Utang keliling pinggang. Nanti sakit buah pinggang.. kahkahkah...heee... sukati enagkau la labuuuuuu.........

Best berniaga ni... dulu aku tak  pandai berniaga. Setakat hantar ikan yang orang dah tempah tu pandai. Dulu masa ayah masih ke laut memang biasa hantar ikan. Masa tu ikan murah lagi. Sekarang makk oiii.. Almaklum la orang kampung.. Kais pagi makan pagi, begitulah sebaliknya. Mungkin apa yang dah aku lalui masa kecil cukup mendewasakan. Waasehhhhhh... Tapi sekarang nak tak nak kena berniaga. Tak kira la nak jual apa. Asalkan  tak menyalahi undang-undang. Lebih baik berniaga secara kecil-kecilan. Tak perlu modal besar, tapi menjanjikan pulangan. Tak la teruk sangat kalau dah tak ke laut. ( hujung bulan ). Cuba randahkan ego  kita sikit bila orang berbicara tentang berniaga. Asal niat nak memperbaiki diri dan keluarga. Tak kesian bila tengok ibu dan ayah dah penat-penat besarkan kita, dah kawin sampai tak ingat orang tua...

Rasanya tak salah bersusah-susah masa muda, masa lagi bertenaga ni. Kelak dah masuk usia yang sepatutnya menerima hasilnya. Sama seperti orang yang dah bersara wajib. Tiap bulan dah menerima pencen. Kadang-kadang aku kesian tangok mak-mak, ayah-ayah masih bekerja sedangkan usia seperti dah tak mengizinkan. Bukan nak mengutuk. Tapi realiti.. Kesian.. Dari muda sampai tua gitu juga kerjanya. Apa salahnya buat awal, masih muda buat benda elok. Nanti tak pasal-pasal kita dimarah sebab kerja lebih. sedangkan memang digalak sangat tu. Daripada jual dadah memang dah tahu tak elok, ini kan pula kerja elok-elok. Tak salah dari segi undang-undang. Aku pon tak paham.... heeeeeeee..

Fikir-fikirkan tentang hidup kita seharian ni.. Bukan nak mengajar, tapi sama-sama belajar. Sedekah, alam jariah. Tak semestinya buat amal kasi duit semata-mata. Banyak cara kita nak buat amal. Menyampaikan sesuatu yang menguntungkan adalah satu amal, satu ibadat. Bukan nak mintak puji. Atau menunjuk pandai.. SubhanAllah... mintak-mintak dijauhi.. Ingat akan TUHAN yang ESA...

selamat beramall........

Fight to CDM seminar di MINES WELLNESS HOTEL, Kuala Lumpur bersama Pemimpin Hebat Akademi Taipan 181.

Perkongsian bersama.......


Your Comment/ Komen Anda