nuffnang ads

Sabtu, 30 April 2011

Masalah-masalah Berniaga

Langkah pertama untuk berubah menjadi usahawan yang terbilang ialah menerima hakikat bahawa kadang-kadang kita mempunyai masalah dan setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti ada masalah, tatapi setiap masalah itu pasti ada pemyelesaiannya. Antaranya adalah :

INGKAR- ingkar perintah Allah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman.

JAHIL- tidak ada ilmu dalam selok belok perniagaan, kaedah, teknik, tidak mahu bertanya, berbincang, belajar dan tidak mahu mengikut langkah orang yang telah berjaya.

BODOH SOMBONG- yang ni best ! hee.. orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. bukan saja tak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau orang memberi pandangan; dia marah, kecik hati,ambik hati dan sombong. Tidak mahu menerima pandangan orang lain kerana kononnya dia lebih pandai, ego yang melampau atau bangga diri yang tak bertempat.

TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU-  jenis ni adalah orang yang telah beramal, dah dengar nasihat atau sudah ada ilmu, cuma masih tidak istiqamah, tidak berterusan, hangat-hangat taik ayamm..

MATLAMAT TIDAK MURNI-  ada hasrat yang tak baik;  Contoh ;
  1. merancang untuk menipu
  2. membalas dendam kepada pesaing
  3. membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan
  4. mengambil kesempatan atas kelemahan dan kemiskinan orang lain
  5. membolot kekayaan sendiri
  6. mendapat faedah dan manfaat diri sendiri
  7. menjadikan perniagaan hanya sebagai batu loncatan
  8. menyalahgunakan kemudahan dan geran drpd kerajaan
  9. menindas orang yang lemah
MATLAMAT TIDAK JELAS- matlamat tak 100% nak berniaga, kurang faham. Antaranya ;
  1. bernaiga kerana terpaksa
  2. mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri
  3. membantu perniagaan suami/isteri separuh hati
  4. pengurus yang dibayar gaji
  5. lemah minda dan tidak mampu mengikut perkembangan perniagaan komtemporari
  6. tidak mampu membakar semangat diri sendiri
KURANG ILMU- ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, teknologi, globalisasi dan tamadun dunia. Bagi umat Islam, perniagaan hanyalah jambatan merentasi alam maya ini untuk menuju ke akhirat.
  1. ILMU pernigaan
  2. ILMU kemanusiaan
  3. ILMU kehidupan
  4. ILMU keakhiratan
SILAP KAWAN- ramai yang dah menceburi bidang keusahawanan gagal kerana kawan. Betul ke?? Sepatutnya kawan menyokong usaha kita jika tidak pun membantu. Tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita maka bolehlah dikatakan ; '' Harapkan sokong, sokong membawa rebah ''.

JIWA RAPUH- sebab-sebabnya;
  1. penyakit kronik
  2. tekanan
  3. tiada sokongan ahli keluarga terdekat
  4. hilang keyakinan diri
  5. perniagaan merosot
  6. kehilangan orang yang tersayang
NAK CEPAT KAYA- banyak yang nak menceburi bidang perniagaan tetapi matlamat utama adalah nak cepat kaya. Jadi masuk la skim cepat kaya. Kerajaan dah sita & haramkan pelaburan seperti ini. Maka banyak yang mengeluarkan KWSP semata-mata nak kaya cepat dan mereka yang menganjuran ini adalah berselindung di pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar. Siapa yang untung adalah mereka yang berselindung di bawah pelbagai nama syarikat. Hati-hati ya..

Jika tidak kerugian  yang lebih besar akan dialami apabila sebahagian besar simpanan peribadi, harta benda, saham, simpanan kerajaan dikeluarkan dan dibayar kepada ejen skim cepat kaya tersebut yang beroperasi online dan tidak mendadangkan keuntungan kepada kerajaan..

ADA SIFAT IRI HATI-  sifat mazmumah yang merosakkan diri. Contohnya; pesaingan tidak sihat, boikot, mengadu domba, black mail, berpuak-puak, persatuan akan pecah. Konsortium perniagaan tidak akan berfungsi. Kekuatan strategi perniagaan tidak dapat dipertahankan. Akhirnya semua peniaga akan rugi.

SIFAT MALAS-  malas untuk bekerja lebih. Sama seperti ular, bila kenyang tidur sampai lapar semula baru bekerja. Hakikatnya kita tidak tahu apa yang tertulis sejak azali lagi di Loh Mahfuz tentang rezeki, jodoh dan kematian kita. Tetapi Allah berfirman dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang akan mengubah apa yang ada pada diri mereka.

KURANG USAHA- kurang gesaran, kurang cabaran, kurang motivasi diri. Orang yang nak berjaya sentiasa meningkatkan usaha. sebabnya ;
  1. selesa dengan apa yang ada
  2. menganggap diri sudah berada di zon selesa, zon selamat.
  3. tidak ada tanggungan seperti anak isteri
  4. putus harap
  5. faktor usia
  6. faktor kesihatan
GAGAL MENARIK HIDAYAT ALLAH S.W.T - Hidayat Allah s.w.t adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tugas kita hanya meminta daripada-Nya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t untuk memakbulkannya. Tetapi Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Jika kita gagal mendapat hidayah Allah bermakna ada kesalahan yang kita lakukan yang menyebabkan Allah jauh hati dengan kita. Muhasabahlah diri dan baiki diri. Insya-Allah pertolongan Allah akan datang dengan segera.

TIDAK MENGAMALKAN PETUA-PETUA MURAH REZEKI-  petua ini di ambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh. Punca sempit pintu rezeki ;
  1. meninggalkan solat
  2. derhaka pada Allah s.w.t
  3. derhaka pada ibubapa
  4. membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibubapa dan Tuhan
  5. memutuskan hubungan kekeluargaan
  6. enggan membayar zakat
  7. enggan membayar hutang
  8. melakukan zina, homoseks, lesbian atau aktiviti yang seumpamanya
  9. memakan harta riba
  10. memakan harta anak yatim
  11. hati kotor
  12. sering berdusta
  13. memberi dan menerima rasuah
  14. riyak ( menunjuk-nunjuk )
  15. merahsiakan ilmu daripada orang lain
  16. khianat terhadap oran glain
  17. mengungkit-ungkit pemberian
  18. emnyelidiki rahsia orang
  19. menyebar fitnah
  20. cuai ketika membuang air kecil seperti kencing berdiri atau istibra'.
  21. kurang berdoa
TANGKAL KEJAYAAN- sebenarnya tangkal untuk orang berjaya adalah ;
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;
'' Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan kerjanya, dilakukan dengan cara yang paling baik ''
( Riwayat al Tabrani )

Dalam melakukan sebarang kerja lebih-lebih lagi dalam usaha kita untuk berniaga, untuk jadi usahawan yang terbilang kita perlu lakukan dengan cara yang terbaik. Insya -Allah kita akan terdorong jadi seorang usahawan yang terbilang.

Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut dalam hadis lain ;

Maksudnya : " Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela. ''

 ( Riwayat Naim bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar )

tetapi hakikatnya, kita tidak boleh lakukan kedua-duanya sekali. Kalau kita buat alasan, kita tidak boleh buat duit. Kalau kita buat duit, kita tidak perlu beri alasan.

selamat beramal...



Your Comment/ Komen Anda