nuffnang ads

Rabu, 13 April 2011

Dhuhaa

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abu Dzar r.a yang bermaksud; 

        '' Hendaklah setiap kamu bersedekah untuk masing-masing ruas tulang badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan adalah sedekah, melarang keburukan adalah sedekah, dan sebagai ganti dari semuanya itu, cukuplah mengerjakan sembahyang Dhuhaa sebanyak dua rakaat ''

Ayat di atas dah terang dan jelas, melihat lagi bersuluh.  Ni cakap kita ajak buat kerja tak berfaedah. Hmmm ..... mari fikir-fikirkan. Buat benda baik untuk diri, keluarga dan masyarakat tak nak ke?? sedekah tu...

 Ni ada satu lagi ayat :

Ahmad dan Daud meriwayatkan dari Buraidah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud :

'' Dalam tubuh manusia itu terdapat 360 ruas tulang. Hendaklah dia bersedekah untuk setiap ruas itu. '' Para sahabat bertanya : '' Siapakah yang mampu melaksanakan itu, ya Rasulullah...? '' Rasulullah s.a.w menjawab, '' Kotoran yang ada di masjid, lantas ditutupinya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengah jalan itu bererti sedekah, Atau sekiranya sanggup, cukuplah diganti dengan mengerjakan sembahyang Dhuhaa dua rakaat. ''
Selamat beramal.........

Diamond Night at Malaysia International Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur 26 Februari 2011.

Malam Anugerah Usahawan. Berbangga atas kejayaan ke tahap ini.


Your Comment/ Komen Anda