nuffnang ads

Rabu, 24 Ogos 2011

Merajuk ke??

Assalammualaikum..

Ni nak habaq sikit ni..

Aku ingatkan manusia aje yang ada perasaan, walaupun orang cakap binatang tak ada perasaan. Macam mana tu??
Nak cerita sikit. Benda yang kita gerakkan ataupun manusia buat ni ada perasaan juga ya. Tak percaya?? Al-kisah ni berlaku kat aku hari ni. 
Dah siap-siap nak g kerja seperti biasa panaskan enjen keto. Seperti biasa '' one kick ''
aje dah vrommm..  Keta ni tiap hari naik, p mana-mana pun dia aje yang setia jadi teman perjalanan aku. Pernah terdetik nak '' upgrade'' cket la dia ni. Ye la al-maklum la ''pick up'' dah kureng. hehehe..

Terniat nak tukar yang lebih selesa sikit, jadi aku habaq '' aku nak tukar ko la keta''. aishh.. Mengerti rupanya, eta ni tak la tua sangat baru 2,3 tahun guna. Sebelum ni tak banyak karenah..
Masa program ''WAB'' hari tu dah kena sekali, basah abess baju kerna dia ni. Mana tak nya turun naik tingkat 5 cari spare..

Masalah dia ni kaki empat, yang tiga absorber ni okey berfungsi macam biasa, yang kat depan sebelah kiri tu yang buat hal.. Yang tu okey lagi, ni yang parah sikit. Elok-elok aku kasi signal nak masuk simpang, budak laki yang tak tau malu ni tak dok lesan bawak macam lipas kudung cium muka depan keta ni.
HAmpehhh!!!!!! senget muka hemsem keta aku.. nak guna Bio Ever pun tak dapat rasanya..hehe

Lagi hampehh.. dah tak nak start pagi tadi time nak turun kerja. Yang ni yang ke-2. Hari tu buat hal jugak. Emm... ada-ada saja dia merajuk ni hah. 
Pagi tadi parah gilerr.. orang sibuk pergi kerja. Aku sibuk buat kerja. Bateri kong abesss....

Last-last nak bateri yang baru. Cina mana ada buka seawal pagi macam tu. Sabar aje la dalam bulan mulia ni..

Dah tu, bateri baru pasang bukan main lagi..

'' aku minta maaf ya kereta'' engko paham rupa-rupanya.. Okey lah aku tak jadi 'upgradr' awak ni yeee. Berkhidmat untuk aku ya.

Lain kali mulut kena jaga juga. Tak perlu tunggu ramadhan. Aku pun apa lagi..

Sekian, terima kasih:
Wassalammmm...

Your Comment/ Komen Anda