nuffnang ads

Ahad, 28 Ogos 2011

28 Ramadhan

Alhamdulilah & syukur sangat-sangat
Semalam dah selamat sampai kat KIA,
walaupun keadaan angin semasa terbang tak tentu,
terasa mahu jantung mahu jatuh oleh kerna angin sekejap bertiup kencang sekajap takk..

Syukur gak anak & isteri sihat,
Terasa beratnya bila aku mengendong si Wazien ni.
Baru selesai bersahur bersama ibu mertua
Anak pun masih lena tidur dengan si ibu..

Best gak dah sampai kampung halaman isteri
Suasana kampung habess..
Bunyi-bunyi unggas di luar membuatkan tak nak tidur jadinya

Menunggu mentari muncul untuk bergerak ke perkara seterusnya
Cari barang untuk keperluan hari raya

Bila dah sampai kat kampung ni baru terasa bahang raya
Dengan bunyi meriam buluhnya, mercunnya
Huh teringat masih kecil dulu
Sekarang dah besar, pernah sekali terkena mercun kat tangan
Sejak tu aku tak nak main dah..hehehe

Kambing yang kami beli untuk buat akikah anak dah ready..
Entah dari jenis apa aku tak tahu, '' kambing bao"?? boleh tahan harganya 750 seekor
Dah memang kewajipan sebagai ayah untuk anak

Subuh dah masuk waktunya..
Okey lah..
Tak sabar tunggu siang..
Tengok-tengok apa yang perlu..

Mai solat subuh.....wassalam.......

selamat beramal......

Your Comment/ Komen Anda