nuffnang ads

Isnin, 22 Ogos 2011

Juadah Buka Puasa

Tak terasa ramadhan dah 22 hari berpuasa dan bersamaan 22 Ramadhan 1432H. Segala cabaran, penat, letih, lelah dan sewaktu dengannya kini di tempuhi dengan jayanya sebagai seorang insan bergelar hamba kepada Nya.

Lebih-lebih lagi dikala anda keseorangan dari orang tersayang, tak kira ibu, ayah, suami, isteri, kawan perempuan, kawan lelaki, teman-teman, dan tak kira siapa mereka. Tentunya bahangnya kian terasa. Hari ke hari kita tempuhi. Ada kalanya patah jua keimanan dengan godaan syaitan & iblis, kadang-kadang alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi keranaNya lah yang menentukan segalanya. Jangan salah fikir la pulak ya.. jangan menguningkan otak anda yang Allah kurniakan dengan sejuta kepandaian,kebijaksanaan untuk kita guna sehairan..

Baiklah.. bagaimana ?, macam mana ?, kenapa ?, di mana ?, ke mana ? kita sekarang? masih bersemangat? masih setia nak tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah yang tak terucap ciptaannya. Tak kira siapa kita, tua muda, janda, duda, makcik, pakcik... ehhhh melalut pulak.. maaf ya pak, ibuk dan sebagainya..
Engko pangkat apa, gaji berapa, tangga berapa, gred apa? tak kisah la engko orang kaya ke tak; ingatlah, pesanan buat aku dan semua yang ada membaca blog ni, tingkatkanlah keimanan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Bunyi macam orang pandai, tapi itulah...Rasanya tak salah saling mengingatkan sesama umat.

Aku ni apa yang penting asalkan ada makanan yang nak di telan. Eh telan pulakkk.. 
Makanan tu biarlah yang boleh kasi tenaga untuk teruskan kerja seharian suntuk semasa bulan mulia ni. Mungkin pada awal bulan ramadhan bukan mian lagi kita nak telan apa aje yang ada depan mata. Tapi sebaliknya tak tertelan semua. Orang bilang, berbuka ikut sunnah nabi, air putih dan kurma dah memadai. Aku try test la sekali, alhamdulilah bestttt !!! p la try..hehe.. Sebaiknya kita makan dengan ala kada sahaja. Masa bulan puasa ni kita perlu ambil kesempatan untuk membersih, membuang lemak, menurunkan segala yang perlu diturunkan. Tak kira luar dalam..hehehe..

Bagi yang ada ikut kelas "W.A.B" tu sangat bermakna. ''Wanita Anggun Bergaya" Teori penyusunan lemak bagi berlemak juga dibuat. Rugi siapa tak datang.. Bukan nak promosi, tapi realiti.

Memang kita digalakkan membuat amal kebajikan, meningkat keimanan, mencari lailatul Qadar yang hanya kita temui setahun sekali. Mungkin ramadhan seterusnya kita tak berkesempatan menemuinya. Allahhualam...

Dan jangan lupa kepada mereka yang memerlukan, tanggungjawab kita sebagai sesama umat. Bayar zakat, sedekah kepada mereka yang memerlukan. Harapan kita kepada mereka adalah agar benarlah mereka yang memerlukan. Jangankan berpura-pura di atas peluang sebegini rupa. Allah maha mengetahui.

Dewasa ini susah kita nak percaya dan mempercayai. Bagaimana ya?? tepuk dada tanya sendiri. Amati sendiiri la bro..brother! Lantak kau la wahai manusia. Tapi kalau aku yang terjumpa aku kasi ja, yang penting aku ikhlas. Kalau meminta simpati tetiba ja di bulan mulia ni alamatnya nak mintak bala. Kadang-kadang kesian nak kasi. Kadang-kadang tak kasi pun kesian. adoiiii..makkk...

Baiklah amati lagi si 'pokok' ni okey... enjoyyy..



Your Comment/ Komen Anda