nuffnang ads

Selasa, 30 Ogos 2011

1 Syawal

Alhamdulilah ..
Syukur ke Hadrat Illahi..
29 hari berpuasa rasanya tak terasa ..
Hari ini dah masuk Syawal..
Hampir sebulan kita menahan lapar dahaga, ujian cabaran..

Biasanya tiap tahun beraya bersama keluarga
Tahun ni beraya ber-3.. seronoknya
Persiapan ala kadar saja..
Yang penting untuk aku punya Wazien.hehe


Raya ni buat majlis akikah & zikir cukur rambut Wazien
Belanja lebih sikit untuk anak..
Dah jadi tanggungjawab sebagai seorang ayah..naik pangkat o0o0o..ahah !!

2,3 hari ni sibuk buat persiapan untuk majlis..
Shopping complex Satok, Bolevard, The Spring, Giant semua penuh dengan manusia..hehe
Parking lot pun dah tak cukup..
Itulah perayaan terbesar di negara ni..
Kalau orang berbisnes memang kau-kau dapat untung..
Mana taknya ; ayam, daging,lemang dan sebagainya "sold Out"
Aku tengok penuh kat tempat jual beli daging..
Sayangnya tak dapat uplod gambar..

Dulu masa kecik teringat masa nak raya,
Semua bapak yang belikan,
Bila time cuti sekolah datang dah sibuk cari kerja sampingan..
Bukan apa, tak nak susahkan bapak beli baju seluar kasut..
Tapi yang lebih penting dapat beli dengan duit sendiri.. baru puas!!
Selera tu lain sikit..

Tapi aku tengok sekarang budak-budak bukan main lagi menyopingkan diri..
Siap beli barangan branded lagi bro..!!
Tak kisah la, itu perubahan zaman..
Kalau aku dulu dah sibuk nak cari duit sendiri..
Mana boley kalah dengan kawan, 
Pakai baju cantik-cantik, aku pun nak juga.
Nak minta dengan bapak pun malu & segan..
Haha...

Alhamdulilah sekarang semua kena buat sendiri..
Account kena manage sendiri
Lebih-lebih lagi masa nak raya..

Kalau masih bujang dulu aku lah yang paling sibuk buat persiapan
Bukan nak puji diri, tapi dari segi kepuasan tu yang penting,,
Abang-abang aku memang ada la kemas-kemas..
Paling penting bagi aku kalau time raya ni adalah pelita minyak tanah..
Memang favourite aku la nak buat.
Baru ada suasana kemeriahan..
Sekarang semua guna lampu lip lap
Karen naik la brooo...haha

Dulu mak semua buat untuk aku,
Sekarang aku buat persiapan sendiri & buat untuk anak isteri
Paling aku suka bila mak aku happy time raya..
kek lapis, kari ayam, rendang, kacan botak, "perut ayam" itu lah yang menjadi keutamaan..


Dulu bujang selalu tolong mak buat 'kacang botak'
sekarang dah tak ada mak buat..
Senang je benda tu, yang penting ada kacang tanah, tepung, pewarna..lepas tu gorang..kahkahkah..

Masa bujang suka sangat bertandang ke rumah orang..
Lebih-lebih lagi kalau tempat tu jauh..
Konvoi ramai-ramai naik motosikal..
sampaikan malam baru balik..hehe
Mak bising gak, al maklumla raya rumah sendiri tak ada masa..
Berjalan saja kerjanya...

Tapi sekarang dah banyak jauh bezanya..
Tambah-tambah lagi dah naik pangkat ni..
HEHEHEHHEHEHEHhehheheheh..
Itulah al kisah zaman dulu-dulu,
Bukan nak mengungkit.. saja bercerita

KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT HANDAI, RAKAN TAULAN, JIRAN-JIRAN & SEWAKTU DENGANNYA,
INGIN MENYUSUN 10 JARI YANG BENGKANG BENGKOK INI UNTUK MEMOHON SERIBU KEMAAFAN ANDAI TERSALAH KATA, TERTEKAN KEYPAD,
TERJUMPA SANA SINI, TAK TEGUR, BUAT TAK KENAL & SEWAKTU DENGANNYA...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATINN

Your Comment/ Komen Anda