nuffnang ads

Sabtu, 27 Ogos 2011

Baju Raya aku..

Al kisah baju raya aku tahun ni
tempah seawal bulan Mei ni lagi,,
tak banyak 4 pasang aje.. 


upahnya boleh tahan gak..
baju melayu teluk belanga 200 sehelai
kainnya kita sedia sendiri
kalau 2 pasang??

Itu baru aku punya,
Puteri aku pulak 2 pasang gak.
Ni lebih lagi..
beza 60 hengget tiap pasang.

Kalau pandai kira berapa semua??
Tak termasuk minyak petroll aku,,,

Nanti siap 30 Julai, sekaran dah berapa Ogos,
Dah nak merdeka dah.. masih lagi tak merdeka dari segi perkhidmatan..
Nama aje butik, tapi yang prosesnya kat sememanjung.

Dalam hati : betul ke engko ni tailor...
Butik bukan main canteek..

Yang ni pulak tak ikut janji
Nanti kalau masuk lokap macam mana??

Nak ganti baju raya aku yang dah ''ready made''?? ehh
aku nak baju sendiri
Kalau lepas raya baru sampai
Alasannya Pos Malaysia tak dapat hantar ke sarawak/sabah....

Tak munasabah, ingat pos tu naik kapal ke??
Hari-hari aku tengok kapal terbang limpas kawasan aku..

Saja nak kasi alasan la tu..
Aku nakdeposit aku balik..
Aku nak pakai raya
Bukan lepas raya..

Bengong !!!

Your Comment/ Komen Anda