nuffnang ads

Jumaat, 18 November 2011

Uji Bakat

Kita patut sedar kita ni ada kekuatan.
Apa bakat kita, apa kemahiran kita, apa keunikan kita, itulah yang dinamanakan kekuatan.
Kita menjadi ‘kuat’ apabila kita merasa yakin dapat mencapai satu pencapaian hebat.
Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu kemudian kita gagal, kegagalan yang berlaku akan banyak menyentap semangat kita sebenarnya.
Kita akan kehilangan inspirasi. Emosi kita down.
Jika kita melalui situasi sebegini, jangan mulakan apa-apa usaha baru. Pergilah bercuti seketika, rehatkan minda dan beri masa pada emosi kita untuk pulih semula.
Cemana nak tau emosi kita dah pulih????
Emosi kita akan pulih apabila kita ada semangat nak mencapai matlamat yang kita nak set seterusnya selepas matlamat yang terdahulu gagal di capai.
Kat sinilah kita kena selalu beri semangat diri sendiri dengan membisikkan di dalam hati yang kita ni ada kekuatan tersendiri, ada kelebihan tersendiri cuma kita saja yang belum jumpa apa kekuatan kita tu.
Tiap kali kita merasa tertekan berdepan cabaran hebat, beri sedikit masa untuk emosi kita bertenang.
Emosi yang tenang akan membuat kita bertindak dengan tepat.
Emosi yang tertekan akan membuat kita bertindak dengan penuh kelam kabut yang akhirnya akan membuatkan kita melakukan banyak kesilapan.
Bila kesilapan dah banyak dilakukan, kesannya kita akan jumpa banyak kegagalan-kegagalan kecil.
Oleh itu, jangan pernah merasa diri kita kecil berbanding orang lain disekeliling.
Kegagalan sebenarnya mendidik kita supaya kita tahu cara yang betul.
Kegagalan sebenarnya petunjuk untuk kita cari teknik yang betul supaya dari situ kita mendapat apa yang kita mahukan.
Masalahnya, kita ni nak hasil cepat lepas tu bila hasilnya tak cepat kemudian gagal pula, kita merasa sakit hati.
Inilah kekurangan kita yang kadangkala men’down’kan kita.
Kita kena mengawal rasa sakit hati supaya kita dapat berusaha lagi.
Kebanyakan dari kita, bila dah sakit hati, malas nak berusaha lagi sebab takut merasa makin sakit hati.
Oleh mengelak diri kita dari dikuasai rasa sakit hati, kita kena fokuskan kepada ‘output’ – iaitu apa yang kita boleh hasilkan, apa yang kita nakkan.
Amalkan teknik ni pada diri kita kemudian rasai kesannya.


nasihat untuk diri & masyarakat

selamat beramal..


Your Comment/ Komen Anda