nuffnang ads

Jumaat, 18 November 2011

Siapa Kita Sebenarnya??

Salam hari Jumaat
Agar semua hebat
Di dunia dan akhirat
Jom kita bekerja kuat
Agar poket lebat....

Kita dah kenal diri kita ke? Rasanya tidak.
Kalo kita dah kenal siapa diri kita, mesti kita dah berjaya sekarang ni.
Mesti kita dah tau cemana menggunakan minda kita sebaiknya.

Mesti kita tau cemana memanfaatkan imaginasi kita sebaiknya.
Hidup kita bermasalah sebab kita kurang mengenali diri kita sendiri.

Kita tak tahu apa kelebihan-kelebihan diri kita, kita tak tahu apa potensi kita.
Fokus kita lebih banyak terarah pada masalah, bukan terarah pada usaha menggali potensi diri.
Kita sibuk mengomplen-ngomplen dan mengata-ngata sikap buruk seseorang hingga kita terlupa berfikir apa kekuatan-kekuatan kita dan berfikir apa dia kekurangan-kekurangan kita.

Fikiran kita sibuk berkata hal-hal yang langsung tak menyumbang pada kemajuan diri kita.
Hati kita kekadang terisi dengan ego hingga kita jadi ‘buta’ pada potensi kejayaan diri kita sendiri kerana kita sibuk memandang rendah pada keupayaan orang lain, seolah-olah mereka tak sehebat kita.

Tak kiralah kita siapa, cikgu ke, pegawai ke, pensyarah ke, peguam ke, CEO ke, masing-masing dari kalangan kita ada kekurangan dan kelebihan.

kita lebih di satu bidang, kita tetap akan kurang di satu bidang yang lain kecuali kita tahu bidang apa yang kita kurang mahir kemudian kita berusaha memperbaikinya sampai jadi OK.

Tumpuan kita sekarang ni adalah untuk meng’OK’kan mana-mana part diri kita yang kita rasa tak OK.

Kita tak akan jadi perfect, tapi kita boleh jadi semakin baik dari sehari ke sehari menghala jadi perfect.
Kita tak tahu orang yang perfect tu cemana tahapnya, sikapnya.

Selagi namanya manusia biasa, kita masih ada kekurangan di mana-mana.

Mungkin kurang dari segi sikap kita, kata-kata kita, fikiran kita, isi hati kita, mungkin juga kemahiran kita.
Sama-samalah kita fikir pekebendanya yang kita masih kurang.

Mungkin kita masih kurang berjaya dalam hidup kita.
Maka, kita kena usaha kuat supaya hidup kita berubah jadi hidup yang berjaya.

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri sendiri.




selamat beramal..

Your Comment/ Komen Anda