nuffnang ads

Khamis, 17 November 2011

Hasil & Proses

Sebut pasal bisnes, orang terbayang kereta besar, rumah besar, pakai smart, muka konpiden, income berpuluh ribu. Serba serbinya kayalah katakan. Biasalah ''Orang kita'' menjadikan imej gitu sebagai pengukur kejayaan seseorang, terutama dalam bidang perniagaan. betul ke tak Allahhualam la k..

Jika perniagaan seseorang cuma dalam skala kecil, dia dianggap terdesak atau berniaga semata-mata sebab tak ada pilihan lain atau sebab tak dapat kerja kerajaan. Impossible.... Inilah mindset masyarakat kita, terutama Melayu beragama Islam. Maaf ya.. Orang kata...
Mindset sebegitu perlu diubah.Kita kena bina mindset baru kemudian kekalkannya.
Biarlah kita berniaga sebab kita memang seronok berniaga, suka menjual dan kita merasa nikmatnya menjual, bukan sebab mengejar untung semata-mata.
Ramai usahawan Melayu hari ini sungguh tamak - menumpukan pada HASIL sahaja, tak menumpu pada PROSES.
Kejayaan tetap ada, jika kita rajin berusaha. Tetapi, kejayaan tak akan ada jika kita hanya menumpu perhatian kepada kejayaan semata-mata tapi tak pernah menumpu kepada proses mencapai kejayaan.
Kita tak menumpukann pada usaha-usaha yang boleh dilakukan, sebaliknya hanya menumpu pada hasil sahaja.

Ibarat membina sebuah bangunan dan kita arkiteknya. kita cuma nampak sebuah bangunan tersergam indah, dalam kepala kita lalu melukis design bangunan tu di atas kertas.
 Di peringkat tu, kita masih belum berjaya sebab bangunan idaman kita masih belum dibina.
Jika kita tak menumpukan pada usaha-usaha yang dilakukan, kita hanya syok sendiri, cuma seronok membayangkan bentuk bangunan yang akan dibina. Kita tak pernah berusaha mencari pemaju, mencari pekerja, mengumpul bahan-bahan, mengumpul jentera dan peralatan lalu mula bekerja.

Cemana nak berjaya?
Cemana nak mencapai kejayaan?

Kita hanya akan berjaya bila bangunan idaman kita berjaya dibina, disiapkan sepenuh sebijik macam yang kita mahu.
Itu baru berjaya namanya.
Mulai hari ni, usah terlalu tamak walaupun kita boleh bersikap tamak. Kawal sikap tamak tu.
Fokus pada proses. itu yang paling penting..
p/s; diri sendiri & anda = kita2 la..


selamat  beramal..

Your Comment/ Komen Anda