nuffnang ads

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum...
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H..

tak terasa masa berlalu.. cukup pantas..
sedar tak sedar dah masuk tahun baru Hijrah
rasanya ada lagi yang belum kita capai sepanjang tahun sebelum ini..
apa-apa pun yang penting teruskan usaha kita untuk yang seterusnya,
tak bermakna masuknya tahun baru hijrah ni semua kena baru,

pencapaian tahun yang sudah belum tertunai, tak salah teruskan,
mungkin ada cacat celanya perkiraan kita kearah pencapaian itu,
mungkin tahun baru ini memberi sumber inspirasi untuk kita lebih berjaya dan usaha..

jangan la sedih sangat kalau impian tak tercapai..
apa  yang penting jangan putus asa..

jadi, apa langkah seterusnya?? buat saja sebab kita saja yang tentukan..
cepatnya masa berlalu...
tanda-tanda kiamat dah jelas..

jom kita bina azam baru sempena tahun baru Hijrah,
tapi bagi aku, kalau boleh setiap hari ,
tak payah nak tunggu tahun baru nak start..

Allahualamm.....

selamat beramalll...........


Your Comment/ Komen Anda