nuffnang ads

Rabu, 4 Mei 2011

terus hidup

Pasti ramai dah sampai rumah sekarang..
Aku masih mengadap peti televisyen canggih ni..
Apa gerangan isteriku di rumah..?
Maaf kan aku kerna hari-hari balik lewat..
Tak apa, ini semua untuk kamu dan keluarga..

Apalah erti pengorbanan ini kalau bukan untuk kamu semua..
Penat sekarang tak mengapa..
Asal kudrat ini masih mampu mengatasi semuanya..
Sebagai pengorbanan untuk mengalas perut semua..
Bukan kerana tak bersyukur..
Tapi siapa yang patut menjawab kenapa tak cukup ?..

Tak perlu meminta-minta..
Itu bukan amalanku..
Apa salah tenaga empat kerat ini menyambung hayat..
Ini semua untuk bahagia..

Jangan kau salahkan nasib aku begini..
Berhentilah mengeluh..
Buat sehabis baik sementara aku masih bernafas..
Jalan menuju ke sana..
Entah bila masa kita akan menghadap Nya..
Ingat akan TuhanMu..
InshaAllah jalan kau lurus..
Allahhualam...

selamat beramal..
itu aku

Your Comment/ Komen Anda