nuffnang ads

Isnin, 9 Mei 2011

Jadikan Diri Sendiri Contoh Terbaik

Bagaimana?? Tanya diri sendiri, adakah aku terbaik untuk orang lain? Memang tak dinafikan orang akan mengatakan yang NEGATIF tentang kita apabila kita mula berbuat yang terbaik. Walaupun kekadang kita tak perasan benda-benda macam ni. Apa yang kita harus lakukan adalah NIAT kita, NAWAITU kita itu sebenarnya. Orang memang akan cakap sukati mulut engkau saja nak berkata-kata. Tapi Tuhan tahu apa yang kita nak lakukan.

Niatkan dalam hati tentang yang baik ; contoh,
  • tak terikut-ikut orang lain kalau lampu isyarat dah merah ;
  • bila nak memotong kereta di hadapan bagi la signal ;
  • tak naik hangin kalau tak ada sebab ;
  • masuk kerja awal, tak lewat !!
  • dan macam-macam lagi ;
Bila kita lakukan perkara-perkara ini setiap hari maka dengan sendirinya hari-hari juga kita boleh buat untuk contoh yang terbaik untuk kita sendiri.

Sama juga seperti kita bekerja atau berniaga. Kalau berniaga asyik-asyik nak menipu memang tak kemana. Sama juga macam kita ajak orang buat perkara baik lagi menguntungkan.  

Kalau tak mulakan dari diri sendiri siapa lagi.?? Perkara-perkara NEGATIF lagi senang nak ikut. Hahaha.. Dosa dapat, duit lagi tak dapat, dapat duit pun tak berkat. Betui kerr??

Kenapa orang lain dapat ? kita tak dapat ? Semuanya bermula dari langkah pertama, Semuanya bermula dari diri sendiri..

Saya berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca yang budiman...

selamat beramallll....

Your Comment/ Komen Anda