nuffnang ads

Khamis, 31 Mei 2012

itu la sikap kita sekarang..

Apabila manusia itu telah cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan atau kroni sendiri.

Akan timbullah perasaan mahu kaya sendiri, akan timbullah untuk membela supaya pandai sendiri.

Dalam hal hal mahu membela nasib yang akan bersangkut paut dengan diri sendiri maka ada kalanya terpaksa melanggar hak asasi orang lain,terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terus merugikan orang lain.
 
@ smktdlj, long time ago at long san
 

Wallahu'alam.

Rabu, 30 Mei 2012

bukan senang nak senang. . . . .

assalammualaikum,

lama tak update, bizi memanjang..
dua minggu off, rasa macam sekejap ..
dua kejap, tiga kejap dah operasi balik..

kesian, anak demam pulak.. nasib dah reda sikit..
ni la orang cakap bukan senang nak senang..
macam-macam dugaan, cabaran,

ujian tuu..

Demam-demam pun main jugakk..
Maken-maken 
haha, ambik kau..

Ahad, 13 Mei 2012

mak & ayah saya..

orang lain sibuk sambut hari ibu,
tak kisah la nak sambut macam mana..
tapi bagi aku, hari-hari adalah hari ibu..

tak da lain yang ibu/mak/ayah kita nak bila kita dah besar,
berjaya dan terus berjaya..
bagi yang jauh, skali sekala jenguk, tanya khabar
paling penting bagi aku, kalau ada lebih, hulur-hulur la ..
dia takkan minta, nak berkat ibu/mak/ayah, kasi la sikit..

ambik berkat kerja kata oranggg..

1st time nak g Ulu Baram..sedih..wawwaw...

cun sik? wakaka




steady bapakk aku..hihi
bawak orang tua jalan-jalan..
alahai, mak carikkan aku amoi ni..haha..

Dulu kerja ni, dok pedalaman..syukur, byk pengalaman.
Niat nk bawak benda nih, tapi syukur laa.. jadi co-pilot pun jadi la..

sekarang; keje ni la pulakk.. Alhamdulilah, berkat doa Ayah/Ibu..


P/s ; sekadar nak berkongsi, bukan nak tunjuk..

Selamat hari ibu & ayah ; mmmmmmmmuuuuuuuuuaaaaaahhhhhhh

Sabtu, 12 Mei 2012

Unwell

Hai
assalammualaikum..
Selamat sore..
Hari Sabtu
perjalanan ke Jakarta Mac lalu, Ngeri gak dengar kes terhempas 2,3 hari ni..huhu..


Selsema pulak hari nie..
Idong sumbat badan meliat-liat..
Ni la 24 jam ekon tak henti2..
Dah cakap, kalau batuk selsema tutup mulut..
Ni buat tak reti bahasa..

Nanti sakit mintak kat aku..
Hah sekarang aku pula yang kena..
Kalau aku yg sakit sapa nak bagi??
hahahaha.. lawak kunun..

tinggal Ahad, Senin, Selasa, Rabu pulangg..
Rindu dengan Wazien..
Dengan maknya sikit la..kahkahkah

Sekadar bercerita jak k..
Tiada kaitan dengan yang Hidup atau yang mati..


hihi....
Jangan marahh..

Dah sampai da, Sukarno International Airport dengan penyambut tetamu..

Jumaat, 11 Mei 2012

Khusyuk Solat

Petua Untuk Khusyuk Dalam Solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Khamis, 10 Mei 2012

Baik Untuk Wanita


Ciri-Ciri Lelaki Soleh:

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang menjaga pandangan matanya agar tidak tergoda dgn nafsu,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang mengimpikan Syurga dan ingin membawa kita bersamanya,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..
 

“Jika datang (melamar anak gadismu) seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak gadismu itu). Jika tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan kerusakan di muka bumi.” (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lain-lain)

:: SILA LIKE & SHARE ::

Hebatnya Mereka

Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka? 

1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.

3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

Beberapa soalan :
 
Pernahkah anda menyapa mereka ?Pernahkah anda menggembirakan mereka?Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dan sebagainya kepada mereka ?Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.


Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!

sekadar berkongsi

 
Sumber ;
- Artikel iluvislam.com

Selasa, 8 Mei 2012

Benarkah Sahabat !

Orang yang benar-benar bersahabat ada beberapa peringkat:

1. Sahabat secara umum
Iaitu sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islam atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.

2. Sahabat secara khusus
Sahabat secara khusus iaitu orang yang bersahabat dengan lebih mendalam lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu sama lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, ditambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkan Islam.

3. Sahabat yang dipersaudarakan
Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada membuat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolaholah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah.Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW di kalangan para Sahabat.


Cakkk...


selamat beramalll...

Lagi Pasal Sahabat

Kalau begitu di antara syarat-syarat kita bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.

2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.

3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.

4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.

5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.

6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.

7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.

8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.

9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.

11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.

12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.

15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.

16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.

17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.

18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.




Best Fren Forever..

Isnin, 7 Mei 2012

Ciri-ciri wanita 10ribu, kalo 15 ribu cmne??

Ciri Wanita Hantaran RM10,000 oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original )

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah couple
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit

Wahai Muslimah.. Anda Bagaimana? Renung-renungkan. SHARE!
 
 

SusahNya Mencari Sahabat-Di mana Salah SilapNya

Mengapa berkawan tidak mahu kekal?Di mana salah dan silapnya?

Sedangkan fitrah semula jadi setiap manusia memang suka berkawan atau cenderung berkawan. Kerana hidup bersendirian tanpa kawan, banyak cacat dan kesusahan yang dihadapi manusia. Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah tabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia ini selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati.

Mengapa? Ada beberapa sebab.

Di antaranya:

1. Berkawan itu ada kepentingan peribadi.

Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salah seorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin berkawan kerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang itu yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindung atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut sudah tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.

2. Berkawan dengan sebab seagama, sebangsa, sekaum, sekampung, senegeri dan lain-lain.

Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaum atau satu kampung atau satu negeri atau satu bangsa atau seagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan) di negeri atau negara lain yang asing pada mereka. Di waktu itu mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri di segi agama,bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu mereka amat rapat berkawan kerana satu sama lain perlumemerlukan lantaran sama-sama berdagang di negeri atau di negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-sama balik ke negeri sendiri, walaupun bertemu tetapi hubungan rapat sudah tiada lagi.

3. Kawan kongsi

Berkawan kerana berkongsi berniaga atau berternak untuk hidup. Selama berkongsi bolehlah berkawan. Apabila sudah tidak berkongsi lagi, satu sama lain sudah macam orang lain sahaja. Tidak serapat dulu.

4. Kawan seasrama

Berkawan waktu sama-sama duduk di asrama. Kebetulan pula berkongsi di dalam satu bilik atau duduk di pondok pengajian di dalam satu bangunan. Sama-sama memasak dan mentelaah. Setelah habis pengajian, berkawan sudah tidak berlaku lagi. Seolah-olah macam kenalan biasa walaupun masih selalu bertemu.

5. Berkawan kerana takut

Berkawan kerana duduk di satu kawasan yang banyak berlaku jenayah. Oleh kerana takut bersendirian maka terpaksa berkawan. Setelah jenayah sudah tiada atau masingmasing berpindah, masing-masing membawa diri. Kalaupun masih boleh bertemu tetapi tidak serapat dahulu.

 S E L A M A T    B E R A M A L..............

View from F6

Jumaat, 4 Mei 2012

ATTENTION/PERHATIAN to All Deares Frennnzzzzzzzzzz

PERHATIAN !! satu nasihat untuk perempuan sahaja. Jangan approve akaun bernama Aida Arissa Bukhari.. dia dikenali sebagai Tauke Chun. dia didakwa mencuri gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer. dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan.Hati- hati , dia suka mencuri ...gambar cun , bertudung , seksi dan lesbian, bogel dan masukkan dalam blog di.........a.... Kalau anda sedar gambar anda ada didalam blog dia , anda kena buat report polis sebelum pergi aduan kepada cybersecurity malaysia.. Sila sebar kan kepada teman2 , serta adik beradik , saudara mara , keluarga tersayang ! ( c0py & paste ) PEMBERITAHUAN.. INI UNTUK SEMUA PENGGUNA FACEBOOK: JIKA SESEORANG DALAM PROFIL ANDA ATAU seorang teman mengirimkan Anda link yang mengatakan "KUNJUNGI FACEBOOK BARU", JANGAN BUKA... JIKA ANDA MEMBUKANYA, UCAPKAN SELAMAT TINGGAL PADA AKaUN FACEBOOK ANDA! SEBENARNYA INI ADALAH PEKERJAAN DARI HACKER yang mencuri maklumat Anda dan menghapus ANDA SECARA kekal DARI HALAMAN ANDA SENDIRI. SILAKAN COPY...... kirim ke GRoUP DI FACEBOOK ANDA.... bukan hanya teman- teman Anda! sebarkan pada semua.dcopy from group lain - copy n paste dari member ..........

BahayaNya..

 

Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA
 
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
 
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
 
•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
 
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU
SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak

*SILA SHARE/TAG/LIKE/COMMENT*
->HARAP DAPAT SEBARKAN , SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA.




Your Comment/ Komen Anda