Mengapa berkawan tidak mahu kekal?Di mana salah dan silapnya?
Sedangkan fitrah semula jadi setiap manusia memang suka berkawan atau
cenderung berkawan. Kerana hidup bersendirian tanpa kawan, banyak cacat
dan kesusahan yang dihadapi manusia. Manusia yang banyak kawan, lebih
ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab
itulah tabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia ini selalu
sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti.
Payah hendak kekal hingga mati.
Mengapa? Ada beberapa sebab.
Di antaranya:
1. Berkawan itu ada kepentingan peribadi.
Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salah seorangnya ada
kepentingan peribadi. Mungkin berkawan kerana kekayaan orang itu, atau
kerana kekuatan orang itu yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang
berlindung atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut sudah
tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.
2. Berkawan dengan sebab seagama, sebangsa, sekaum, sekampung, senegeri dan lain-lain.
Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaum atau satu kampung
atau satu negeri atau satu bangsa atau seagama (walaupun agamanya tidak
dipraktikkan) di negeri atau negara lain yang asing pada mereka. Di
waktu itu mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri di segi
agama,bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu mereka amat
rapat berkawan kerana satu sama lain perlumemerlukan lantaran sama-sama
berdagang di negeri atau di negara orang. Setelah berpisah atau setelah
sama-sama balik ke negeri sendiri, walaupun bertemu tetapi hubungan
rapat sudah tiada lagi.
3. Kawan kongsi
Berkawan kerana berkongsi berniaga atau berternak untuk hidup. Selama
berkongsi bolehlah berkawan. Apabila sudah tidak berkongsi lagi, satu
sama lain sudah macam orang lain sahaja. Tidak serapat dulu.
4. Kawan seasrama
Berkawan waktu sama-sama duduk di asrama. Kebetulan pula berkongsi di
dalam satu bilik atau duduk di pondok pengajian di dalam satu bangunan.
Sama-sama memasak dan mentelaah. Setelah habis pengajian, berkawan sudah
tidak berlaku lagi. Seolah-olah macam kenalan biasa walaupun masih
selalu bertemu.
5. Berkawan kerana takut
Berkawan kerana duduk di satu kawasan yang banyak berlaku jenayah. Oleh
kerana takut bersendirian maka terpaksa berkawan. Setelah jenayah sudah
tiada atau masingmasing berpindah, masing-masing membawa diri. Kalaupun
masih boleh bertemu tetapi tidak serapat dahulu.
S E L A M A T B E R A M A L..............
![]() |
View from F6 |