Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan
ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan
tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan
permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini
untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan
yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
Pernahkah anda menyapa mereka ?Pernahkah anda menggembirakan
mereka?Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka
?Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama
hari raya dan sebagainya kepada mereka ?Adakah anda sentiasa memudahkan
kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan
baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih
rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan
kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di
sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa
menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun
beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga
solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di
Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar
pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam
kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa
bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai
calon ahli syurga.....!
sekadar berkongsi
Sumber ;
- Artikel iluvislam.com