Seronok baca kisah dan pengalaman rakan tentang kerja sendiri ni. Memang saya bercita-cita ke arah itu, jadi segala kisah perkongsian daripada mereka adalah pelajaran buat saya.
Kenapa nak kerja sendiri? Sebab nak
bebas. Kan best kalau bangun pagi boleh pergi jogging dengan tenang, nak
start buat kerja anytime pun boleh. Paling best tak perlu mengharungi
traffic jam untuk ke tempat kerja. Saya memang cemburu terhadap beberapa
rakan blogger yang telah berjaya menjadikan blog/internet sebagai
tempat kerja mereka.
Untuk saya, bekerja sendiri ni boleh
sekiranya apa yang kita dapat daripada bekerja sendiri tu dua kali ganda
atau lebih berbanding apa yang kita mampu dapat kalau bekerja mengikut
kelayakan kita. Kalau kurang daripada tu memang tak berbaloi dan
digalakkanlah untuk mencari kerja yang tetap.
Alasannya mudah. Kalau dapat dua kali ganda, boleh save separuh daripada
pendapatan tadi dan separuh lagi digunakan dalam kehidupan seharian. At
least kalau apa-apa jadi, ada duit simpanan yang cukup banyak untuk
menampung kehidupan.
Satu alasan penting kenapa saya memilih
untuk bekerja makan gaji ini ialah kemudahan yang kita dapat
daripadanya. Kalau bekerja sendiri ni memang susah nak dapat bantuan
daripada bank. Nak apply kad kredit pun belum tentu boleh dapat. Kalau
nak beli rumah macam mana? Itulah sebabnya kalau nak bekerja sendiri ni
biar berbaloi; biar pendapatan tu masuk banyak supaya kita tak perlu
menggunakan kemudahan kewangan daripada bank.
Jadi buat masa sekarang, kerja jelah makan gaji sampai naik pangkat (?) atau dapat peluang lagi baik (?) untuk saya menunaikan janji tersebut.
Mungkin lepas janji tersebut sudah
ditunaikan barulah cari exit plan untuk bekerja sendiri. Buat masa
sekarang, belajar je dulu daripada mereka yang dah berjaya.
Apa macam ? boleh tak ? kalau tak sekarang bila lagi ? Dunia nak kiamat baru nak mula ? hehehehe..
![]() |
Nak tahu ? Sila2 la tanya ; 013-568-8660 |