nuffnang ads

Sabtu, 10 November 2012

Jom Study

Jom Belajar dengan Irfan Khairi ;

 
Sekiranya anda berminat untuk menyambungkan pelajaran part-time dan memulakan perniagaan Internet secara serentak, apa kata sertai saya untuk berbincang lebih lanjut mengenai program Asia eUniversity "Diploma Eksekutif Pemasaran Internet dan Media Sosial" malam ini, di IKSB HQ, Mutiara Damansara.
Temujanji pada malam ini adalah secara bersemuka bersama saya dan crew IKSB sempena intake ke-dua program separuh masa 9 bulan ini yang akan bermula pada Sabtu ini.
Kini pengambilan untuk intake ke-tiga telah bermula untuk program Diploma Eksekutif ini. Apa yang menarik tentang program ini adalah:

  • Intake ke-3 bermula 24hb November 2012
  • Program Eksekutif Diploma diiktiraf kerajaan di Asia eUniversity dan merupakan universiti dikenali di 32 negara-negara Asia lain.
  • Pendidikan fleksibel, khas untuk mereka yang bekerja, suri rumah dan usahawan
  • Kelas dijalankan sebulan sekali sahaja, dan selebihnya melalui ONLINE!
  • Pengeluaran yuran kursus melalui KWSP dibenarkan
  • Tiada peperiksaan dan buku teks tebal-tebal untuk di baca! ;)
  • Penyampaian modul berbahasa Malaysia
  • Dan paling menariknya adalah, memperkenalkan "BUSINESS BASED ASSIGNMENT"...
Ramai yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan Business Based Assignment?

Secara mudahnya, Business Based Assignment bererti, melalui kursus ini, tiada peperiksaan akan diadakan (maklumlah, ramai antara kita sudah lama meninggalkan zaman peperiksaan), TETAPI, peserta dikehendaki menjalankan assignment yang merupakan - PERNIAGAAN ANDA SENDIRI!

Ya, melalui kursus 9 bulan ini, anda seumpama mendapat coaching, bantuan dan modul langkah demi langkah memulakan perniagaan melalui Internet dan mendapat pelanggan-pelanggan untuk menjana pendapatan.

Konsep ini telah terbukti berjaya di Asia eUniversity di mana sejak tahun ini, telah melahirkan ramai usahawan-usahwan Internet.

modul yang disediakan akan membantu perniagaan anda mencapai tahap yang lebih hebat lagi. Sekiranya anda belum memiliki perniagaan, modul yang pertama akan membantu anda mencari perniagaan apa yang terbaik untuk anda jalankan melalui Internet.

Dalam kata mudah, melalui program eksekitif diploma ini, anda bukan sahaja mendapat sijil untuk digantung di dinding, dan bukan sahaja melalui convo graduasi, tetapi yang lebih penting, di akhir program ini, anda akan menjalankan perniagaan Internet yang berjaya!

Your Comment/ Komen Anda