nuffnang ads

Jumaat, 14 April 2017

Ingat Jangan Sombong

*JANGAN SOMBONG DGN JAWATAN*

Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pgarah ini hnya melihat nenek tersebut lalu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Sudah tua tpi masih lagi pungut sampah". Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya.. Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang pengurus dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk bilik mesyuarat puan, semua pengarah sedang menunggu". Lalu Nenek tua ini membuka jaketnya, dan terlihat baju sgt rapi serta tag namanya sebagai CEO itu.
*Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada pegawai itu. "Tolong tarik balik jawatn wanita ini. Kita tidak perlu ada orang sombong seperti dia di syarikat ini".

Pegawai itu pun mencatat nombor pengarah itu dan dihari itu juga dia dipecat.

Nenek CEO ini berkata ke anaknya,"aku memecat ibumu & berharap suatu hari nanti kamu memahaminya, *MENJADI ORANG BESAR YANG DIHORMATI BUKANLA SEKADAR KEPINTARANYA, TETAPI BAGAIMANA KITA MAMPU MENGHARGAI ORANG2 BAWAHANYA SERTA BOLEH MEMBANTU MEREKA.TANPA MEREKA SIAPALAH KITA SEBENARNYA* itulah kata2 terakhir dari puan C.E.O kpd anak dan ibunya sebelum meminta izin meninggalkn mereka dlm seribu kekesalan.

*MESEJ*
Tidak kira apa status dan kedudukn kehidupan seseorg itu, masih perlu menghormati orang lain juga, Jangan menilai seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Akhlak seseorg itu bukan terletak pd kedudukanya tpi bagaimana dia boleh menyebbkn org lain selesa bersamanya.

*Ingat!!Jgn sombong*😔😔😔....Copy Paste....

Your Comment/ Komen Anda