sedikit perkongsian dari blog ariff ; ENJOYY !!
Belajar lima tahun, terpaksa menempuh
ribut salji dalam suhu -20 darjah Celsius. Lepas graduate gelabah cari
kerja. Jadi yes man kepada orang atas setahun dua sambil kumpul duit
gaji. Minimum nak RM20 ribu untuk kahwin sekarang. Pergi kursus kahwin
yang membosankan, kalau dapat ustard masuk air, time ceramah dia boleh
sentuh bab politik. Nak kahwin kena bayar sana sini lagi.. Selesai
perkahwinan, pergi honeymoon seminggu dua. 9 bulan lepas tu, bini dah
terberanak. adeiii…..

Posing
menggoda. Yang ni pun awal-awal lagi dah kasi neuter. Kuat merayau.
Nanti entah kene
rogol dengan kucing mana pulak sampai termengandung.
Takde siapa nak jaga anak dia kat
rumah ni.. Kalau bukan anak-anak
bujang puan Azizah tengah cuti, memang rumah ni sentiasa
kosong
Itu sebenarnya yang saya nampak dalam
masyarakat Melayu kita. Kahwin tak sampai setahun dah nak ada anak.
Bertahun-tahun punya susah hidup, baru nak enjoy kehidupan dengan life
partner yang dicintai, dah ada orang ketiga. Come on la weh!
Apa-apa pun, entri ni tak target kepada
sesiapa, ini sekadar pendapat saya pada perkahwinan Melayu. Semua orang
ada pendapat dan saya tak mengutuk anda kalau anda macam ni. Jangan
berkecil hati, jangan makan hati. Kepada yang baru menimang cahaya mata
regardless dah berapa tahun kahwin, tahniah diucapkan.
It’s not that saya tak suka budak kecik.
Kadang-kadang kalau tengok tu adalah nak jugak kan.. Kadang-kadang la…
Tapi fikir baliklah betapa punya demanding kehidupan sekarang ni. Bukan
macam dolu-dolu…. Dulu gaji kecil pun dah boleh survive, sekarang
kurang-kurang nak banyak lah jugak untuk menyara hidup keluarga dan
anak. Tu belum cerita dengan loan rumah, kereta dan mungkin personal
loan untuk kahwin dulu. Giler apa?
Bayangkan. Baru kerja dua tahun, nampak
sinar harapan nak advance, dapat ofis cantik, dapat duit lebih sikit
untuk pergi bercuti sekali anak datang. Nak pergi bercuti pun dah tak
boleh fikir untuk berdua lagi, kena fikir untuk bertiga. Sikit tahun
lagi, kalau nak bercuti, kena tunggu anak pun cuti jugak barulah dapat
ke mana-mana. Tak boleh sesuka hati minta cuti.
Kalau ingat lagi zaman muda-muda masa
bercinta berdua, best kan? Macam dunia ni kita (dan pasangan kita) yang
punya. Bila ada anak, dah tak berdua. Baru nak romantik-romantik, anak
dah menangis minta susu. Keremajaan tu cepat berlalu. Kena fikir macam
orang tua dah.
That’s why kadang-kadang ada lelaki bila
dah tua, tiba-tiba rasa remaja balik. Nak tackle perempuan muda.
Semuanya sebab masa awal-awal dulu tak habis enjoy dan bergatal-gatal
dengan bini masa awal-awal kahwin sebab orang rumah sibuk dengan anak
je.
Again, saya tak cakap semua. Point saya
kat sini, enjoy life berdua dulu. Terokai apa yang boleh diterokai
berdua. Bercintalah bagai nak rak selepas kahwin. Bila dah puas semua
tu, barulah fikir nak dapat anak. Orang Melayu ni problem sikit,
kadang-kadang laki bini nak pegang tangan/berkepit-kepit in public pun
takut sebab nanti orang lain cakap “get a room” atau “buat kat rumah”.
Bangang. Taboo sangat. Time dah kahwin la nak celebrate the love.
So that’s how I view love and marriage.
Sorrylah kalau tak bertepatan dengan pendapat anda. Semua orang ada
pendapat tersendiri dan cara hidup yang mereka pilih. Saya tak suruh
ikut, ini hanyalah sekarang menyuarakan apa yang ada dalam minda.
Setuju/tak setuju? Itu hak anda.
Mak saya dah banyak cucu. Dia dah
warning awal-awal, dah kahwin nanti jangan suruh mak jaga anak.
hahahahahaah! Bagus. Maksudnya kalau kahwin nanti, takdelah dia nak
demand cucu awal-awal.
And kalau ikut cara pemikiran saya ni,
no problem nak kahwin awal masa study (especially mereka yang belajar
dalam satu tempat yang sama). Anak hold on dulu – banyak cara yang mudah
sekarang nak rancang. Then, enjoy your life with your loved one.
Maksiat tak buat, keterlanjuran tak terjadi.
Then again, dari segi teori memang
mudah. The real thing yang susah. Kena jugaklah assess everything. Mana
tau ibu mertua pulak yang tak sabar-sabar nak timang cucu. Itu pun satu
hal lagi. Again, I’m just giving you the idea, don’t follow if you
can’t.
Apa-apa pun, semoga berbahagia =) Happy reading and have a nice day.
TAMBAHAN;
1) Sebagai
seorang Muslim, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kuasa Allah
maha besar dan kadang-kadang apa yang dirancang tu sangatlah berbeza
bila dengan hasil yang kita dapat. Saya tak cakap, takdelah nak menolak
rezeki (anak) tu, kalau dapat, dapatlah. Yang saya cuba terapkan di sini
adalah perancangan rapi untuk menghadapi alam perkahwinan. Jadi harap
point tu tak dipesongkan ke arah lain.
2) Society. Masyarakat kita memang busy
body sikit perihal rumah tangga orang. Baru dua bulan kahwin, raya tahun
tu jugak tanya, “dah mengandung ke?” “Bila nak ada anak?” To me, this
is something yang kurang ajar especially kalau couple tu tak mention apa
pasal anak or all this stuff. For haven’s sake, it’s their private life
people! Sibuk sangat nak tau apa yang berlaku di sebalik kamar newly
weds ni semua buat apa?
In a way, people asking ni pun memberi
pressure kepada yang baru berkahwin dan seterusnya mungkin menyebabkan
keputusan untuk mendapatkan anak dilakukan dalam keadaan yang
tergesa-gesa. It’s none of your business, so don’t ask.
SELAMAT BERAMALLL...