nuffnang ads

Isnin, 31 Oktober 2011

Sekadar Renungan

Tarikh Lahir Kita adalah permulaan sebuah kehidupan. Penutup kehidupan adalah tarikh mati kita. Diantara tarikh lahir dan tarikh mati ini, kita akan melalui satu kehidupan. Pelbagai skrip yang akan kita ada atau lalui.
Bagaimanakah agaknya skrip kehidupan kita ?
Skrip mana yang kita mahukan?
Boleh ke kita buat skrip kehidupan sendiri?
Adakah skrip Kemiskinan?
Adakah skrip Kekayaan?
Adakah skrip Kejayaan?
Adakah skrip Kegagalan?
Hanya kita yang berhak menulis skrip kehidupan kita. Bukannya orang lain. Bukan ibu, ayah, adik-beradik, kawan, ketua kampung atau sesiapa pun.
Kita yang bertanggungjawab diatas kehidupan kita. Bukan orang lain. Kalau skrip kita penuh dengan kegagalan, salahkan lah diri kita sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Your Comment/ Komen Anda